
Secara rasminya, telah 2 tahun aku tak memancing sejak merancang untuk berkahwin. Setelah Muhammad Qayyum lahir, tanpa membuang masa, aku dah bagitau awal-awal kat Mrs. Speedrider yang aku teringin nak memancing semula. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Kelab TM Pulau Pinang menganjurkan aktiviti Mengembara Di Tasik Kenyir pada 4-7 Mei 2012. Jadi, aku perlu membuat persediaan serba sedikit untuk kembali ke dunia hanyir ni.



Terus terang, aku tiada pengalaman memancing ikan darat, atau lebih tepat lagi; memancing di perairan air tawar. Tasik Kenyir merupakan kawasan yang terkenal dengan asakan ikan Toman dan beberpa jenis ikan lain seperti Belida, Siakap air tawar, lampam, kelah, tengas dan lain-lain. Memandangkan aku tiada pengalaman, mata kail yang aku ambil pun berdasarkan cuba-jaya (trial and error) berdasarkan maklumat daripada PNET dan forum-forum lain. Ya, aku tahu mata kail terakhir tu nampak tamak, tapi paham-pahamlah ikan Toman ni asakannya macam mana kan? Hahahahaha tamaknya aku…


Bercakap pasal ‘artificial lure’ ataupun gewang. Ataupun bahasa kampung yang paling famous – RAPALA (walaupun gewang tu bukan brand Rapala, tetap dipanggil Rapala, dah jadi macam Xerox). Rata-rata gewang yang aku pakai tak pernah mengena lagi setakat ini (hahahaha!). Tapi aku beli jugak! Mungkin sebab aku dah ter’gian’ dengan aktiviti casting. Cuba-cuba dah jadi syiokkkk woooo~ Walaupun tak dapat…




Bercakap pasal rod, kali ni aku sambar rod baru khas untuk LP-BC (Low Profile Baitcaster) yang pertama kali aku beli. Aku dah ada rod one-piece untuk BC, tapi perasaan seksa ketika bertarung dengan ikan tu jangan dicakap la. Tersalah beli rod, pemegang pendek macam shortgun, memang lenguh tangan la jawabnya! Jadi, aku beli rod baru yang ada arm support. Tak la lenguh sangat nanti bila dapat strike ikan.



Kenapa Ajiking? Sebab aku rasa, inilah brand low-end yang aku selesa pakai dengan setting bearing dan kualiti yang mampu untuk aku beli. Tak payahla racun aku dengan Daiwa, Shimano atau yang lain-lain. Memang aku takkan beli memandangkan memancing bukanlah hobi utama aku. Ia bukan hobi utama, tetapi aku suka. Susah nak cakap la kategori memancing ni macam mana dalam hidup aku.
Apa-apa pun – Mus, welcome back!
mancing ikan air tawar, tp guna reel okuma salina II, baru overkill! hahaha!~
Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Keju?
Banax 5000W. Wakakkakakaka