KAJIAN PENGGUNAAN INTERNET DI RUMAH – 2011

Info Dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM/MCMC) – 14 Oktober 2011 – www.skmm.gov.my

Pemberitahuan – http://www.skmm.gov.my/link_file/latest_news/2011/SKMM-UtsMalaysia.pdf

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan Kajian Penggunaan
Internet di Rumah, 2011 untuk mengumpul data berkaitan dengan penggunaan Internet dalam
isirumah.
Ini adalah sebahagian daripada usaha SKMM untuk memantau dan mempertingkat mutu industri
komunikasi dan multimedia di negara ini.
Kajian ini akan dijalankan melalui telefon sepenuhnya dan jadual perlaksanaan adalah seperti di
bawah:
Tempoh : 15 Oktober – 31 Disember 2011
Masa : Dari 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari dan termasuk hari-hari kelepasan am)
Kajian ini bertujuan untuk mengumpul maklumat dan bukan untuk menjual barang atau mengutip
wang.
Responden akan dipilih secara rawak oleh komputer berdasarkan nombor telefon. Walaupun penyertaan
adalah secara sukarela, kerjasama daripada pihak awam dipohon agar dapat memberikan maklumat
seperti yang dikehendaki. Maklumat yang dikumpulkan tidak akan dihebahkan ke mana-mana pihak
dan akan digunakan semata-mata untuk kiraan statistik di peringkat kebangsaan.
Pelanjutan tempoh kajian, sekiranya didapati perlu, akan diumumkan dalam laman web SKMM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor
(u/p: Jabatan Statistik)
Tel: +603 86 88 80 64 / +603 22 72 66 66
Faks: +603 86 88 10 50 Talian bebas: 1 800 888 030

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge