Ikon Dekad Ini

Besarnya Paul Ni, Mungkin Bapaknya

Rasa-rasanya, setelah Paul meletak jawatan sebagai tukang tilik tetap untuk pasukan Jerman, banyak pulak poser-poser yang beranggapan akan terkenal seperti Paul muncul. Mungkin dengan harapan untuk menjadi sepemes Paul.. Agaknya lah.

Pandai Minum Pulak...

Macam-macam versi Paul muncul. Naik meluat pulak aku tengok dengan variasi-variasi paul yang ada di pasaran. Macam-macam pe’el yang ada.

Rasa-rasanya Paul “telah mengambil keputusan” yang tepat untuk bersara. Ya, beliau telah bersara ketika sedang berada di puncak dan beliau akan sentiasa akan diingati untuk selama-lamanya (mungkin). Ataupun beliau telah kecut habis sebab telah diancam untuk dibuat masak lemak oleh orang-orang Argentina dan juga diancam untuk dibuat sotong goreng oleh salah satu team Sokernet.

Bercakap pasal Ikon Dekad ini, yang aku rasa-rasa mungkin Paul boleh tergolong dalam senarai yang silap-silap boleh masuk dalam the most remembered person walaupun dia sotong! Tak masuk akal langsung amik gambar sotong buat iklan pasal rumah pilihan!

Yamaha TZM

Petang tadi aku pergi usyar dekat-dekat rapat-rapat Ikon Dekad millenium; Yamaha TZM Millenium Edition. Aku perasan motor ni di luar kedai kelmarin, masa aku on the way balik rumah. Dah recon cantik-cantik… Siap letak sticker Millenium kat belakang tu. Jadi, yang kat kedai ni… Sticker saja… Tak original yang limited edition.

Jadi, sekiranya anda betul-betul seorang peminat motosikal yang memiliki Millenium Edition.. Itu adalah harta karun anda untuk disimpan. Yamaha TZM Milennium Edition sebenarnya telah dikeluarkan pada tahun 2000 sebanyak 400 unit.

Cun, memang cun.. Tapi dengan harga RM3700 cash dan owner dah 2-3 orang dan odometer dah pusing balik sampai 8000KM (tak termasuk kalau ada time kabel odometer putus), ini adalah satu pembelian yang amat tidak berbaloi kepada sesiapa saja. Kalau RM1000.00 mungkin boleh difikirkan lagi. Owh, saja cuci-cuci mata di kedai motor.

facebook comments:

5 Replies to “Ikon Dekad Ini”

  1. chait! aku ingatkan entri ni ada kaitan dgn tauke DEG 🙂

    1. versi yang selanjutnya.. kan aku dah kata.. Ada banyak cerita, tapi taktau nak tulis mana satu. hahaha

  2. hehehe lawak pun ada

  3. Aku memang suspek la motor TZM ni..kira superbike paling murah la untuk rakyat M’sia..hehehe..

Leave a Reply

CommentLuv badge