Hasil Baucer Buku RM200

Muka Depan Baucar

Seperti yang telah dijanjikan Kerajaan Malaysia pada pembentangan Belanjawan 2012, satu baucar berjumlah RM200 yang dikenali sebagai Baucar Buku 1 Malaysia telahpun diterima oleh aku pada waktu Kursus Intensif Sessi 2011/2012 yang lalu di USM

Muka belakang, kena ada cop IPT

Terus terang cakap la, kalau aku tak dapat baucar ni, memang tersangat berat la kalau nak tengok muka aku ni masuk kedai buku dan beli buku. Jadi, terima kasih kepada pihak kerajaan yang sudi bagi baucar ni untuk pelajar-pelajar IPT macam aku. Dan aku tak paham, kenapa masih ada yang nak tukar baucar ni dengan wang tunai (seperti kes sindiket haritu), dah dapat untuk beli buku, pakai ajalah kan?

Bil untuk pembelian RM150.00 yang kedua

Bil kat atas ni, adalah sewaktu aku dan wife menghabiskan baki baucar di Popular. Juruwang muka ketat, langsung tak senyum, ikutkan hati aku rasa macam nak hempuk aja kepala dia dengan buku-buku aku ni. Bezanya, ini bukan KFC, dia Melayu dan aku Melayu. Muka ketat macam tu, baik jangan jadi cashier. Tau la ramai orang, tapi sebagai menghormati tugas hakiki sebagai cashier, senyumlah sikit kepada kami sebagai pelanggan. Phuiiii punya Popular!

Buku yang aku pernah dapat dulu

Buku Indahnya Hidup Bersyariat ni, aku dapat sebagai hadiah 2 tahun lepas dari wife, tapi RM50.00 kupon pertama tu, aku gunakan untuk beli buku yang sama ni sebagai hadiah perkahwinan untuk kawan sekerja kami. Buku yang bagus untuk kami, kami beli satu lagi dan hadiahkan untuk orang.

Ha! Ha! Ha!

Okey, ini memang idea aku. Aku cakap kat Nurul, amik sajalah buku apa yang dia nak. Memandangkan aku bukan ada masa sangat nak membaca. Jadi aku hadiahkan saja buku ni untuk dia. Sementelah nanti, dia boleh baca sewaktu masa senggang.

365 jenis resepi

Aku dimaklumkan Chef Hanieliza amat popular di kalangan suri rumahtangga yang gemar memasak. Dikatakan banyak resepinya memang menjadi dan senang cerita, resepi yang ditulis adalah benar belaka dan kalau hero macho macam aku yang tak pernah memasak ikut langkah memasaknya sekalipun, gerenti jadi. Ada orang cakap, kenapa patut beli bukunya sedangkan resepinya dia dah pamerkan di blog? Pada aku, ini adalah salah satu sumbangan kita pada dia. Sekiranya dia tidak lokek menurunkan resepinya di blog dan membantu anda memasak masakan yang sedap-sedap pada keluarga, apa salahnya kita beli buku ni sebagai penghargaan untuknya? Dan  setakat hari ini, buku 1 Hari 1 Resepi 365 Resepi Istimewa Chef Hanieliza ini tersenarai dalam top ten jualan buku di Popular Bookstore.

Jadi, aku harap Nurul dapat masak kesemua 365 jenis resepi tu. Ha ha ha!!!

Semua gambar utama sepanjang 40 tahun akhbar The Star

Akhir sekali, aku sambar buku Hotshot keluaran The Star ni. Buku ni adalah lebih sesuai dipanggil Coffee Table Book dan isi-sinya adalah seperti Life Of A Legend dan The Colours Of Cub Prix. Seperti namanya ‘Hotshot’, ia memaparkan gambar-gambar menarik yang telah dirakam oleh jurugambar The Star. Gambar-gambar di dalam memang sangat cool dan sesetengahnya kita telah lupa (dan mungkin tak tahu). Entry berikutnya adalah khusus untuk Hotshots.

facebook comments:

One Reply to “Hasil Baucer Buku RM200”

  1. […] mendapat baucer free RM200 baru-baru ni, aku tak melepaskan peluang untuk ambil buku ni. Satu lagi buku meja kopi (coffee […]

Leave a Reply

CommentLuv badge