
Terima kasih untuk semua kawan-kawan dan saudara-mara yang datang menziarahi Muhammad Qayyum dan memberikan pelbagai jenis barangan. Terima kasih banyak-banyak dari saya dan isteri. Minta maaf, korang tak letak tag, kami pun tak berapa ingat siapa yang bagi!












Alhamdulillah, semua hadiah-hadiah ni kami amat hargai. Baju umpamanya, dah banyak membantu kami dalam menjimatkan kos. Hehehehehhe. Stroller tu memang rezeki anak, terima kasih kepada saudara-mara dari Sungai Puyu, yang telah banyak membantu aku daripada aku baby sampailah aku dah jadi abah baby.