
Tanggal 25 Disember 2010, tercatit sudah aku telah selamat ditunangkan dengan pilihan hati aku sendiri. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada ayah yang memahami. Hanya Allah saja yang dapat balas. Terima kasih kepada mak (ibu saudara) dan sepupu-sepupu aku yang telah bertungkus-lumus memastikan majlis berjalan lancar. Syukur alhamdulillah.

Seperti biasa, walaupun Pak Imam 1 dan 2 masjid kariah aku tak baca blog aku, terima kasih kepada mereka berdua yang sudi menjadi wakil peminangan untuk rombongan daripada pihak aku. Gambar Pak Imam bawak hantaran tu memang akan dikenang sepanjang hidup. Bukan senang orang kata, Pak Imam yang tolong pinangkan. Kepada sahabat-sahabat daripada pihak aku dan Nurul, terima kasih banyak-banyak kerana doakan perhubungan kami dan kirim macam-macam hantaran. Paling penting, dah tentu la 2 cameraman yang bersauna mengambil gambar, Shahrul dan Fauzan. Terima kasih banyak-banyak.
Apa-apapun, ia adalah fasa hidup aku yang terbaru. Doakan aku.
Tahniah!…jangan tunang lama2…darah manis… 😛
tq bro.
baguih la hang ada org pinangkan/uruskan…
mcm aku bln 6 lps dah la impromptu, one man show, divebomb kamikaze, dahtu langsung xbawa apa2 brg :p
tp alhamdulillah diterima 😀
jom 2011 kawen ramai2
Ijau D. Koceng recently posted..Sepetang Di Limbang
Hehehehehehehe Alhamdulillah
klu nnti kawen pakat2 gila ngan pengantin pompuan suh bg hantaran epi LP custom oke x? 😀
atau koman2 RG
Ijau D. Koceng recently posted..Sepetang Di Limbang
tahniah..all the best my fren
tq deaf!