External Drive Pertama

Merujuk kepada blog Orang Kecil Orang Besar tentang thumbdrive, aku pun mula teringat benda penting ni dalam hidup aku.

Thumbdrive pertama dalam hidup aku ialah Corsair Flash Voyager 1GB. Lambat betul aku beli. Harga aku beli time ni ialah RM150.00 sebijik. Aku beli 2 biji, satu aku punya, satu ayah aku yang punya. Banyak berjasa thumbdrive ni masa zaman Poli dulu. Benda ni la yang dok simpan segala assignment aku termasuk benda-benda tuuuuuut dan assignment copy and paste. Hahahahahah…. Daripada rekabentuknya yang unik, thumbdrive ni memang tahan lasak dan waterproof. Untuk rekod, pernah termasuk dalam washing machine dan aku terus cucuk kat PC tanpa ada sebarang masalah.

Thumbdrive kedua pula Kingston Data Traveller 2GB. Dapat free saja masa aku register sebagai PJJ Student di USM haritu. Kegunaan? Entah, jadi penghias dalam beg aku saja sekarang. Spare kot-kot nak pakai.

Aku lebih prefer dengan benda ni. Maxtor One Touch Mini, 160GB. Aku beli berapa ntah tak ingat. Samada RM200+ ataupun RM300+ di PC Fair. Betul-betul berbaloi. Aku gunakan benda ni sekarang untuk backup keseluruhan kandungan notebook aku. Yang bestnya, Maxtor sediakan sekali software suite yang boleh buat GHOST (klik untuk info) keseluruhan OS dan data aku. Jadi, kalau notebook aku kantoi, aku boleh terus restore notebook aku ikut time yang aku buat image ghost tu dengan hanya sekali klik (ok la, beberapa kali klik sebenarnya).

Itulah kisah aku dan thumbdrive. Kalau tak pakai, rasa menyemak… Tapi masa nak pakai, ialah satu penyelamat.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #28/30
————————————————

facebook comments:

5 Replies to “External Drive Pertama”

  1. Ijau D. Koceng says: Reply

    klu 1 pc bleh format/install mcm biasa… tp klu kena siapkan 10-15 pc sehari? GHOST la jawapnya

    hantu2 (GHOST) ni antara kerja rutin aku waktu keja kat kedai pc dpn sg dua dulu

  2. Aku pulak ada banyak external HD ni pasal nak simpan movie yg aku sedut…

  3. Aku plak buta IT. Masa masuk U, aku tabik sapa terer taip dalam MS Word. PC pertama aku dpt last semester. nak balik baru beli,huhu…

  4. Oit, lari tajuk x?

  5. @Chaun
    tak.. tak lari..
    Rugi hang tak ikut aku kelmarin. Ikan besar2!!!!!

Leave a Reply

CommentLuv badge