DC Comics Super Hero Collection

Packaging

Sebenarnya entry ni, aku terlupa nak upload dan cerita. Hahahaha!!! Gambar ni semua ambik pada bulan Oktober 2010, sekarang dah Disember 2011 baru aku terperasan aku terlepas nak update pasal menatang alah ni dalam blog aku. Setahun punya delay, teruk betul aku ni!

Packaging yang kemas, dan full protection

Sebenarnya, aku memang suka kumpul benda-benda macam ni. Tu yang semak habis bilik aku. Barang-barang entah apa-apa semuanya ada dalam bilik aku, kadang-kadang sampai barang aku yang hilang sebenarnya ada dalam bilik aku nih.

Yeah!!!! Bilik aku. Tinggal kenangan

Sejak-sejak arwah ayah (pakcik) meninggal, aku dah jarang duduk dalam bilik tu, menumpang di rumah sebelah, rumah abang sepupu yang sulung. Sekarang ni dah kahwin pulak, lagilah bilik ni dah jadi macam bilik stor. Semua barang aku ada dalam ni. Dari gitar, ekzos motor sampailah ke barang memancing, semuanya ada.

Official Merchandise!

Sebenarnya, aku rasa aku lebih prefer dengan watak-watak di Marvel (sebab aku suka X-Men). Walau bagaimanapun, tak dinafikan, super hero di DC Comics boleh dikatakan banyak dan kebanyakannya adalah lagenda dalam komik.

Menyelongkar Harta Karun!!!

Untuk langganan pertama, seperti biasa ada 3 barang free yang akan dapat iaitu magazine binder, figurine stand case dan Batman figurine XL size. Figurine ini disediakan untuk setiap Isu, contohnya, isu #1 dah semestinya isu pasal Batman! Semua sejarah pasal Batman ada dalam isu #1. Aku akan buat individual entry nanti. Takla sunyi sepi sangat blog ni nanti. Masa tu pelik jugak, kenapa Batman diangkat untuk jadi icon pada isu #1 walaupun Superman adalah legend DC? Aku rasa, sebab Batman lebih popular, dan aku pun lebih suka Batman dari Superman yang pakai spender merah kat luar dan Batman pulak pakai spender hitam kat luar. Hahahah…

First Batch punya collection

Sebenarnya, masa aku ambil kesemua magazine ni, di pasaran (MPH, Popular dan sebagainya) baru masuk isu #3. Aku yang google masa tu terjumpa dengan link Eaglemoss, distributor untuk DC Comis Superhero ni. Lepas berbalas-balas email, rupa-rupanya pada masa tu, stok DC Comics Superhero ni dah ada sampai isu #24, walaupun di pasaran baru ada isu #3. Maksudnya, di kedai-kedai, pasarannya berkala, sebulan atau beberapa minggu baru akan release satu issue.

Selepas mencongak-congak duit time tu, aku borong terus kesemua isu yang ada pada waktu tu dari http://www.allscript.com salah satu cabang pengedaran Eaglemoss, hahahaha tamak betul aku!

Letak buat perhiasan

Selain daripada DC Comis Superhero ni, Sportsbike Legends pun aku pernah amik dari Allscript ni. Sekarang ni, tengah berjalan lagi siri DC Comics ni, cuma aku nak tunggu stok Allscript ada banyak issue, baru aku akan borong sekaligus bagi cukup koleksi aku ni. Hahahhaha tamak!

facebook comments:

One Reply to “DC Comics Super Hero Collection”

  1. aku rasa aku cuma ada 1 figurine @ action figure mcm ni – “weapon x” (pre-wolverine) aku simpan kat kmpg, aku beli kat toy’s r us kompleks bkt jambul thn 97/98, waktu tu bkt jambul mmg happening, xmcm la ni…
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari SV Guitars

Leave a Reply

CommentLuv badge