Dari Parapat Ke Berastagi

Pagi kedua di Parapat, usai bersarapan, Pak Daniel selaku supir kami membawa kami ke pekan Parapat untuk menaiki bot. Kami akan menuju ke Pulau Samosir.

Sebelum itu, oleh kerana malas memeningkan kepala, kami semua bersetuju untuk memberikan upah tambahan RP100,000 (RM27.70) seorang tak termasuk bayi kepada Pak Daniel sebagai upah ke tempat-tempat perlancongan lain. Upah itu termasuk duit parking, duit bot dan segala jenis “duit masuk” atau entrance fee di tempat-tempat yang kami sendiri tidak jangkakan. Sebagai contoh, harga feri nak ke Pulau Samosir ni adalah Rp5,000 seorang. Tapi oleh sebab kami dah bagi kat Daniel, dia dah kawtim habis semua bayaran tu.

 

Ketibaan kami di Pelabuhan Wisata Tomok, Pulau Samosir ini disambut dengan tugu yang mempamerkan 5 suku kaum Batak utama iaitu Batak Mandailing, Batak Toba, Batak Karo, Batak Simalungun dan Batak Pakpak. Daniel menerangkan Batak Mandailing adalah yang 90% daripadanya menganut agama Islam manakala yang lain-lain lebih kepada agama asal, tiada agama (pagan) ataupun Kristian.

 

Selepas pelabuhan, di pintu masuk kampung tersedia pelbagai jenis ikan masin daripda Danau Toba. Di sepanjang laluan kampung pula, kedai cenderamata penuh di kiri dan kanan jalan. Kalau rambang mata, boleh habis duit kat sini. Kena pandai tawar menawar kerana harga yang diletak agak tinggi, biasalah tempat pelancong.

Tip serius: Tawar menawar untuk barang yang betul-betul nak beli saja tau. Kalau tak, pecah telur, hahahaha. Horas!

 

Sampai di tengah-tengah kampung, ada beberapa buah rumah tradisional suku kaum Batak. Kalau diperhatikan corak bumbungnya, bumbung hadapan adalah lebih rendah daripada bumbung belakang. Ia membawa maksud; keturunan seterusnya mestilah lebih tinggi darjatnya daripada keturunan sebelum itu.

Ia bererti suku kaum Batak mementingkan status anak-anak mereka supaya menjadi lebih tinggi daripada mereka. Ia merupakan satu adat turun temurun. Pintu utamanya kalau diperhatikan, sangat pendek dan rendah daripada pintu yang normal. Ia adalah kerana pada masa dulu, banyak kaum Batak mengamalkan ilmu hitam, jadi sebagai perlindungan kepada tuan rumah, pintu rumah harus direndahkan supaya bila ada orang masuk, tiada ilmu hitam dapat dituju kepada tuan rumah kerana ilmu hitam tidak dapat dibuat ketika dalam keadaan membongkok.

Ah… Rezeki aku dapat tengok orang Batak bawak balik babi hutan dan sembelih live depan mata kat tepi rumah. Hahahahah.

 

Ok, patung sigale-gale ni menurut penerangannya dibuat pada zaman dulu oleh raja yang kematian anaknya. Oleh kerana terlalu sayang dan rindukan anaknya, baginda menitahkan agar sebuah pating dibuat menyerupai anaknya. Oleh kerana kaum Batak mengamalkan ilmu hitam, patung sigale-gale ini akan menari mengikut lagu yang dimainkan dengan digerakkan oleh kuasa ilmu hitam.

Tapi itu cerita dulu, sekarang ia dimainkan secara manual dan kalau pengunjung nak tengok, kena kumpul bayar Rp80,000. Kami tak bayar pun, ambil gambar saja.

 

Habis melawat rumah tradisional kaum Batak, kami dibawa ke kawasan perkuburan diraja kaum batak yang menempatkan makam orang pertama yang menjejakkan kaki ke Pulau Samosir iaitu Raja Sidabutar. Sebelum masuk, semua pelawat dipakaikan kain ulos (menyerupai selempang/selendang) sebagai syarat masuk ke kawasan diraja.

 

Makam-makam diraja ini dibentuk daripada batu dan mayat tidak dikuburkan di dalam tanah, tetapi diletakkan di dalam batu tersebut sahaja. Makam Raja Sidabutar (Oppu Sari Buntu SidabutarSidabutar) juga mempunyai simbol ukiran kanak-kanak di atas kepalanya dan menurut ceritanya, dia memang sukakan kanak-kanak. Meletak kanak-kanak di atas bahu juga menunjukkan bahawa beliau mahu cucunya itu menjadi lebih baik daripadanya. (rujuk cerita sigale-gale)

Raja kedua pulau Samosir adalah cucu Raja Sidabutar yang bernama Oppu Ujung Barita Sidabutar (yang diukir di atas bahu makam raja Sidabutar) dan yang menariknya, panglimanya turut diukir di bawah dagunya. Menurut ceritanya, panglima tersebut satu-satunya yang beragama Islam dan bernama Tengku Muhammad Said yang berasal dari Acheh. Beliau datang ke Samosir untuk berdakwah dan mempelajari kesaktian kaum-kaum Batak. Kebijaksanaan Tengku Muhammad Said terserlah kerana telah merisik kaum-kaum tua di Pulau Samosir berkaitan kesaktian yang mereka pelajari. Kenapa patung Tengku Muhammad Said telanjang dan menutup kemaluan? Kerana ada satu peperangan besar dan hampir menyebabkan kekalahan Raja Sidabutar II, Tengku Muhammad Said yang jelas tahu rahsia kelemahan orang-orang batak, mengarahkan bala tenteranya agar bertelanjang bulat. Hal ini mengejutkan musuh-musuhnya dan mereka bertempiaran lari kerana sedar ilmu hitam/kebal mereka tidak akan berkesan menghadapi musuh yang bertelanjang bulat. Ia merupakan kemenangan besar dan menyebabkan Raja Sidabutar II menyayangi Tengku Muhammad Said.

Raja Ketiga adalah Oppu Solompoan Sidabutar, raja samosir pertama yang memeluk agama Kristian dan makamnya berbeza daripada makam-makam terdahulu di mana mayatnya dikuburkan di dalam tanah.

Ada video aku ambil, tak sempat edit. Nanti bila-bila aku upload ke Youtube.

 

Selesai berkunjung ke Pulau Samosir, kami kembali merentasi Danau Toba (lebih kurang 45 minit sehala). Pekan Tigaraja ni lebih kurang pasar pagi di Malaysia. Banyak buah-buah dijual dan yang pasti memang murah-murah. Tapi tak beli apa pun, tengok dari luar saja sebab semua dah teruja nak ke Berastagi. Katanya lagi sejuk dari Parapat ni. Ah, sempat juga aku ambil gambar payung yang rangka kakinya dibuat daripada buluh saja, betul-betul DIY!

Kami bertolak bertolak dari Pekan Tigaraja, Parapat menuju ke Berastagi. Perjalanan yang dijangka akan mengambil masa 3 jam, kami perlu mengisi perut dulu la jawabnya!

 

Mengambil iktibar ketika makan di Restoran Simpang Tiga, kami berkeras mahukan lauk yang kami hendak saja. Hasilnya di Rumah Makan Istana Minang, Parapat, itu sajalah lauk yang kami makan. Sup daging tu special order untuk Muhammad Qayyum. Tak ada dalam menu lauk yang dipamerkan. Rasanya? Seperti air panas diletak dalam daging rebus. Hahahaha! Banyak ni pun boleh tahan harga. Rp253,000 siap ada service charge. Duit kita lebih kurang RM72.00. Mahal betoi.

Ok, tekak kami semua dah loya dengan masakan Padang. Serius dah macam makan nasi kandar hari-hari. Hahahahah..

 

Perjalanan dari Parapat ke Berastagi sangat mencabar. Aku dah tidur awal-awal sebab malas nak fikir keadaan jalan yang bersimpang siur tu. Pak Daniel singgah berhenti di Sirmajarunjung dan singgah di sebuah cafe hotel yang specialitynya adalah…… goreng pisang dan kopi (atau teh o halia)! Settle Rp 50,000 kat sini untuk kopi o, goreng pisang dan coke satu tin.

 

Di sepanjang perjalanan, memang sentiasa penuh dengan gambar calon-calon yang akan bertanding di dalam PEMILU yang bakal diadakan nanti. Tak lupa juga dengan papan-papan tanda yang berwarna-warni dengan ucapan-ucapan khas. Pak Daniel memberitahu, ia adalah satu pemandangan biasa apabila ada kematian kerana kaum Batak meraikan kematian seperti pesta sebagai hiburan terakhir kepada simati.

 

Akhirnya kami sampai juga di Sipiso-piso di mana tarikan utama di sini ialah air terjun setinggi hampir 100 meter yang mengalir terus ke dalam Danau Toba. Sayang sekali kami datang ketika Gunung Sinabung meletus. Nampak macam berjerebu sikit, gambar pun tak berapa nak clear. Sepanjang perjalanan, Muhammad Qayyum beberapa kali muntah, sampai lembik jugak la, mabuk kereta.

 

Akhirnya kami sampai di Pekan Berastagi lebih kurang pukul 5.30 petang (4.30 waktu tempatan). Keluar dari van boleh rasa dingin ala-ala Cameron Highland, tapi tak la sejuk sangat. Kami berhenti dekat Pasar Buah, wife beli satu kilo buah pisang kaki kat sini. Kalau tak silap aku, Rp20,000 sekilo. Pisang kaki kat sini saiznya comel-comel dan tak besar sangat. Kalau beli nak bawak balik Malaysia, jangan beli yang masak ranum, beli yang setengah masak sebab pisang kaki ni walaupun beli yang setengah masak, dalam masa 2 hari dah masak penuh. Wife pulak beli fridge magnet sebanyak Rp15,000.

Mula-mula aku taknak naik kuda tu. Tapi memikirkan ada haritu aku tak dapat bawak anak naik kuda dekat Equatrian Club di Taiping, aku naik ajalah. Ni first time aku naik kuda, gayat dan seriau pun ada. Diaorang cari kuda paling mantap untuk aku sebab badan aku boleh buat kaki kuda patah. Ha ha haaaaa… Bayaran untuk pusing keliling Pasar Buah ni adalah Rp30,000. Aku bagi tips Rp5,000 kat penjaga kuda tu sebagai “duit kopi” kuda sebab dia rajin bersembang dengan aku waktu bawak kami keliling pekan Berastagi.

 

Kami sampai di Sinabung Hotel dan kelam kabut buat Jamak dan Qasar sebab kesuntukan masa dan masih tak biasa dengan Malaysia vs Local Time. Agak pening dan bercelaru. Malam tu, kami makan di Rumah Makan Famili Hj. Ramli. Aku dah lupa apa nama tempe cicah sambal kicap tu. Itu macam appetizer la dekat sini, hehehe. Sini yang specialnya adalah ayam bakar. memang terasa dia punya perapan tu sebab dia perap dengan madu, dan pakai ayam kampung (rata-rata kedai makan menggunakan ayam kampung). Nasi Goreng Ayamnya pun aku lupa nama apa, tapi siap ada satay, jenuh makan! Malam tu, aku makan Nasi Goreng Belacan (lupa nama Indonesianya) dan ayam bakar seketul, Mrs speedrider ambik Mee apa ntah (macam mee hailam sikit), teh o ais dan cappucino ais, semua sekali Rp65,000.

 

Selesai makan, Pak Daniel bawak kami semua ke Kolam Air Panas Sibayak. Kolam kat sini memang besar, puas hati mandi. Tapi oleh kerana kawasan yang berwap, gambar semua jadi blur dekat sini. Seperti biasa, bayaran semua dibayar oleh Pak Daniel sebab kami dah bagi advance untuk dia jadi tour guide kami. Menurut Pak Daniel, kolam air panas ni hasil daripada Gunung Sibayak dan letusan wap dari Gunung Sibayak ditukar menjadi sumber tenaga elektrik untuk kawasan Sibayak (Geothermal Power Plant yang diuruskan Pertamina). Aku try ambil gambar kawasan hidro tu, tapi blur sebab jauh sangat dan memang Lumix aku tak mampu untuk ambil gambar tele waktu malam.

Selesai hari kedua kami disekitar Sumatera Utara. Malam di Berastagi adalah sekitar 22 darjah celcius di dalam bilik hotel, tapi aku rasa tak la sesejuk di cameron. Mungkin kami datang silap timing sebab Gunung Sinabung tengah meletus time tu. Jadi cuaca agak panas.

Nanti aku sambung cerita Berastagi-Kota Medan pulak. 2 hari nak tulis entry ni, tulis sikit-sikit.

Pak Daniel boleh dihubungi di +62-813-7065-2656

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge