Dah Lama Tak Memekak

31 Januari 2009 tarikh keramat…

Berbicara tentang gitar, sebenarnya secara rasminya, aku tak pernah berlatih secara serius sejak JUN 2008 memandangkan masa dan waktu kerja yang tidak mengizinkan. Pada minggu ni, banyak kilang member-member aku yang shutdown, cuti panjang la diaorang sempena Tahun Baru Cina.

Entah macam mana, Mizie ajak pergi jamming. Gila ker hapa aku tengah sengkek ni, dia ajak aku pergi jamming pulak!!! Tetapi dengan pantas dia dan Halim cakap diaorang akan payung kos untuk aku. Tapi masalahnya, aku dah lama tak pegang gitar, takkkan terus nak pergi jamming? Tapi diaorang kata, tak kisah…

Aku pantas telefon Shahrul untuk mintak tolong dia record video sessi jamming (sebenarnya tiap kali main atau practice, aku suka rekod untuk tujuan self-revised). Shahrul pulak offer untuk jadi photographer, semata-mata nak test DSLR Canon yang dia baru beli tu. Bun pun datang jugak masa sessi jamming tu, tapi dia blah awal (mungkin tak masuk kepala atau kami main terlampau teruk, wakakakakakaka)

Hasilnya, kami dapat la main dan men’sumbang’kan lagu pada malam 31 Januari 2009, setelah rata-rata semuanya dah lama tak main… Chord salah, tempo out, suara lemak merdu sampai lembu pun boleh pengsan…..

Maka aku namakan senarai lagu-lagu yang kami main. Pandai2 lah cari kat Youtube video sessi jamming kami tu…

1. Lena Dibelit Ular Sawa
2. Lena Dibelit Intan Payung
3. Ku Dalam 8 Dilemma
4. Hidup Berasingan
5. Lupakan Ajelahh…
6. Dendam Cinta Seusia Dah Tua
7. Sketsa Tak Jadi
8. Hati Besi Buruk
9. Cintamu Kembang Semangkuk

Kalau ada yang dapat teka lagu yang kami main tu, korang memang Mat Rock yang tinggi integritinyalah…… Sesuka aku jer rename semua tajuk lagu tu sebab kami memang berjaya men’sumbang’kan tenaga kami untuk sessi jamming kali ni.

Nampak gayanya, memang kami semua kena berlatih balik main, rugi wo kalau tak main….

p/s: Helmi Kobra jenuh gelak tengok kami main…

facebook comments:

2 Replies to “Dah Lama Tak Memekak”

  1. oit, org lain pon wat gak docket, tp boleh update belog..ni dah besawang dah ni

  2. malas aku nak buat apa2 dah. meluat.

Leave a Reply

CommentLuv badge