D-Link DWA-525 WIRELESS N 150 PCI ADAPTER

Benda ni dibeli dengan harga RM46.00 di PC Depot Bukit Jambul memandangkan aku bekerja kat area tu saja. Ingat lagi, benda yang 5-6 tahun lepas boleh membuatkan seseorang berfikir 2-3 kali untuk memiliki benda ni. Ya, sebuah wireless card untuk dipasang pada desktop. Kalau korang hanya kenal laptop dan hanya tahu main facebook di McDonalds sehingga menyusahkan prang lain nak dine-in, inilah benda yang macam wireless adaptor kat laptop tu, tapi untuk dipasang kat desktop!

Packaging depan
Eco-Friendly! Ink ajelah kot
Info grafik di belakang
Menjelaskan dengan mudah, apa maksud 'N' tu
For me, unboxing anything is just like unboxing a toy. Syok!
First time aku ikut manual punya arahan: Kena install driver dulu, baru boleh pasang hardware.
Adapter physical appearance
Wireless manager dari D-Link. Yang Windows 7 punya pun boleh pakai

Maka, desktop aku pun bolehlah menerima isyarat daripada wireless modem yang ada kat rumah mertua aku ni. Owh. lupa nak cakap, aku pindahkan workstation aku ke rumah Nurul, malas nak buat wiring, jadi wireless card ini adalah yang terbaik dan tak merenyahkan. Bukan taknak pakai USB punya wireless dongle, tapi kebanyakan review menyatakan PCI card lebih baik daripada USB Dongle. Belasah ajalah, janji boleh pakai!

facebook comments:

2 Replies to “D-Link DWA-525 WIRELESS N 150 PCI ADAPTER”

  1. aku ada jugak benda ni tp brand ZyXEL versi PCI dan USB dongle aku beli utk wireless jabatan, since 2008 smpi la ni xguna2 pun… wired LAN lg senang nak kontrol

    1. Aku malas nak tarik kabel dan crimp RJ-45 tu. huhuuhuhu…

Leave a Reply

CommentLuv badge