
Cik Elle didatangkan dengan front bumper grill Persona Elegence. Front Bumper Grill ni selalunya susah nak sebut, kebiasaannya disebut ‘hidung’ kereta saja. Bila dah 2-3 kali melepak dengan kawan-kawan dari PPEOC ni, mula datang idea macam-macam nak buat kat Cik Elle walaupun sedikit. Kawan-kawan dari PPEOC ni rajin ubah macam-macam, tapi salah satu yang aku target nak buat adalah nak tukar idung Cik Elle selepas tengok Arfaie buat kat kereta dia.
Langkah 1: Cara Membuka Front Grill
Bumper Persona ni ada:
- 6 biji pin yang dilekatkan kat bahagian atas
- 2 biji pin di bahagian bawah
- 2 biji skru di kiri dan kanan bumper, bahagian tayar
- 2 biji nut-screw size 8 di dalam kiri dan kanan lid depan dalam bahagian tayar
Kesemua step di atas adalah kalau nak turunkan seunit bumper. Kalau rajin lah! Aku malas, jadi aku buat langkah yang aku hitamkan kat atas tu.





Untuk cara aku (cara malas), lepas buka 6 biji pin atas bumper tu, kepakkan bumper ke depan dan terus terang, perlu bekerja keras sikit untuk mengeluarkan hampir 6 skru yang melekatkan front bumper grill (hidung) tersebut kepada bumper kereta. Tips nya, perlu sediakan satu set sccrewdriver bersaiz pendek kerana di bahagian tengah bumper (bawah grill) ada fender yang melindungi radiator. Jadi, memang terpaksa bermain dengan ruang yang amat sempit untuk mengeluarkan kesemua skru tersebut.

Kalau boleh dapat offset screwdriver ni lagi bagus. Silap-silap korang beli ni, pakai sekali saja. Hahahahahaha! Tapi kalau ada bagus jugak, senang nak buat kerja di bahagian-bahagian sempit.

Langkah 2: Bahan-bahan untuk ditukar
Bahan-bahan yang perlu ada untuk penukaran grill adalah:
- PW835352 – Front Bumper Grill Proton Gen-2 CPS (RM39.90)
- PW846639 – Mark Top + Emblem proton (local punya pun ada) (RM22.50)
- Aksesori R3 untuk menambahkan HP. Bukan kuasa kuda, tetapi Handsome Power. Kah kah kah!




Nak dijadikan cerita, emblem yang aku beli masa mula-mula aku amik grill tu, tak ngam untuk ditelakkan di atas grill. Rupanya, staff Proton Shoppe tersilap bagi emblem + mark top untuk grill Gen-2 yang biasa punya. Part number pun lebih kurang. Untuk Gen-2 CPS, plinth dan mark top dibungkus dalam satu pakej dan dinomborkan dengan satu part number sahaja.
Nasib baik pihak Proton Shoppe membenarkan penukaran dibuat. Lagipun, aku dan staf tersebut pun tak sangka benda tu boleh tersilap. Aku pun bila dah balik rumah, bukak plastik baru perasan benda tu tersilap.


Jangan tanya aku kenapa aku nak tukar hidung ni. Aku pun tak tahu kenapa aku gatal tangan. Mungkin suka-suka saja nak tukar. Hehehehe…. Maka siaplah Cik Elle berwajah baru walaupun cuma tukar grill depan saja. Heheheh….
Salam,jadi apa part number untuk plinth dan mark top Gen2 CPS?Terima kasih
Salam, kalau baca habis-habis pasti jumpak apa yang dicari.
Salam nk tanya plinth & mark top nk beli skali ke asing2?
Asing-asing
Plinth tu pakai emblem persona elegent lama masuk tak?