Helmet SOL-68S Dragon

Boleh pulak aku terlupa nak review helmet yang dah banyak berjasa pada aku semasa hari-hari berkonvoi dan yang paling penting, sewaktu RSSM. Helmet ini ialah keluaran SOL atau dikenali sebagai Gmax di pasaran US dan modelnya ialah SL-68S Dragon.

 

Dragon tu sebab grafik di bahagian helmet tu berbentuk naga, dan ia direka oleh YF Design; pereka grafik yang pernah digunakan oleh Norick Abe, Alex Criville, Toru Ukawa, Tetsuya Harada dan lain-lain pelumba lagi.

 

Continue reading



Ulangtahun Ride Solo Satu Malaya

Muka Depan Roda-Roda Jun 2010

Hari ni, 29 Disember 2010 cukup sudah setahun salah satu peristiwa besar dalam hidup aku berlalu. Satu peristiwa dan pengalaman yang aku akan kenang selama-lamanya. Satu kenangan yang takkan dapat diganti dengan wang ringgit. Satu perjalanan yang aku tempuh dengan niat untuk berkongsi fakta  bersama-sama peminat motorsikal yang berminat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman РRide Solo Satu Malaya.

Ya, ini bukan Ride Solo Ke London seperti saudara Hadi. Aku bukan Hadi, Hadi adalah manusia tabah, cekal dan paling ‘gila’ yang aku kenal (walaupun secara maya) dalam dunia permotoran. Satu perjalanan yang amat aku hormat dan segani. Jauh bezanya perjalanan yang Hadi tempuhi berbanding Ride Solo Satu Malaya. Hadi berkongsi cerita yang aku percaya, boleh dibukukan untuk dikongsi bersama dengan rakyat Malaysia. Pengalamannya daripada menghadapai masalah birokrasi, masalah penajaan sehinggalah kepada kisah kemanusiaan di Pakistan adalah amat ‘priceless’. Itu belum masuk lagi kisah Allahyarham bro Suhaimi sepertimana Hadi telah dapat mengetahui tentang kisahnya di London. Ride aku adalah ride personal, satu kepuasan peribadi untuk aku kongsi bersama dengan semua bikers yang berminat untuk mengetahuinya.

Ride Solo Satu Malaya adalah satu perjalanan atau ride yang telah dicop Ride Gila Glamor oleh beberapa lagi kumpulan peminat motorsikal jugak. Adakah mereka semua ni buta ataupun tuli dalam mencerna kisah-kisah pengembaraan bermotosikal secara solo? Adakah mereka tidak membaca habis-habis setiap catatan perjalanan yang telah dibuat, dengan rata-rata catatan adalah untuk dikongsi bersama peminat motosikal yang lain? Mereka ni senang cerita, tak pernah GOOGLE ka ride solo yang pernah dibuat? Tahu tak berapa ramai rider solo yang ada dan telah banyak berkongsi pengalaman masing-masing sebelum aku mengambil keputusan yang sama, dalam situasi yang berbeza? Aku tak rasa tertekan atau terpukul dengan hal berikut, kerana aku tahu; MEREKA TIDAK BOLEH MELAKUKANNYA. Hidup adalah angan-angan, dan sekiranya disulam dengan tekad, ia akan menjadi satu kenyataan. Kita semua mempunyai cita-cita dan impian masing-masing. RSSM itu adalah kisah aku, dan aku akan menunggu dengan sabar cerita-cerita daripada kamu semua, tidak kiralah samada daripada bidang permotoran, muzik, agama dan sebagainya. Kita semua boleh!

 

Bersempena dengan ulangtahun RSSM, aku naikkan artikel untuk kawan-kawan yang bertanya kat aku banyak kali macam mana nak dapatkan Majalah Roda-Roda Jun 2010 ni (sebab terlepas beli dan sold out). Mudah saja, beli dan ada borang dalam tu untuk backdated edition. Kepada kawan-kawan, terima kasih atas sokongan. Sila klik untuk membaca dengan tulisan yang lebih besar.



RSSM: The Unreleased Videos

Berikut ialah unreleased videos yang aku tak pernah upload pun semasa RSSM haritu.

Masa ni di Senawang. Dah pukul berapa pagi pun entahlah… Cakap pun dah lalok sangat. 1 Januari 2010 di rumah Firuz. Sugar Glider ni best, tapi mahal giler.

Ni masa aku tersangkut di Senawang sebab letih haritu. Last-last sambut New Year 2010 dekat kedai mamak ajer. Hahahaha…..

Ni masa kat JB. Commentator ialah Amin. Entah apa-apa la yang dia dok merepek. TQ Amin!

Video yang paling aku suka sebab aku nampak macho jugak pakai full face ni. Wakakaka.. Masa kat Mersing, time ni, memang meroket habis-habisan sebab nak mengelakkan malam sebelum sampai JB.