Cabaran 30 Hari Tamat!

Penantian adalah satu penyeksaan. Betul gua tak tipu.
Sepanjang gua dengan anjuran 1 Hari 1 Entry Blog Marathon Abang Ben Krenmaut ni, otak rasa macam nak meletup ja rasanya!

Hari ni gua nak lepas rasa lega gua sebab dapat sahut cabaran ni. Walaupun entry-entry masa gua sakit teruk tu sedikit mengganggu konsentrasi gua untuk berblog, alhamdulillah gua dapat betulkan nawaitu gua untuk berblogging iaitu:

  • Cerita pasal diri sendiri
  • Review Makanan
  • Review Motor
  • Review Music
  • Review Buku
  • Review Masalah Kesihatan
  • Review Pasal OSH
  • Isu alma-matter gua yang dipolitikkan

Daripada gua dok merepek tak tentu hala, gua harap ada info-info terselit dalam setiap entry gua untuk tatapan lu orang semua.

Jadi, entry harini adalah semata-mata untuk perkara No. 5 dalam 1 Hari 1 Entry Blog Marathon iaitu:

  • 5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng’kalah’ akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.

Ya. Itulah tujuan aku. Kah Kah Kah…….
Sepanjang pemerhatian aku, dalam list cabaran ni:

  • hanya 4 blogger selain aku yang mengikut syarat-syarat Abang Ben iaitu meletakkan backlink (pada entry, bukan widget). Yang lain-lain? Entah!
  • hanya 2 blogger selain aku yang meletakkan blogroll participant 1 Hari 1 Entry
  • hanya berapa kerat blogger yang mengikut syarat paling kritikal iaitu meletakkan entry label sebagai 1hari=1entry=1Malaysia.
  • itu saja aku perhatikan…

Terpikir jugak aku, kalau dah experienced blogger yang ada dalam list ni pun takleh ikut arahan tuan rumah cabaran, macam mana la nanti aku nak anjurkan pertandingan Speed Contest 2 tahun depan? Lumut pun dah kelam kabut dengan contest yang dia anjur, aku pulak nanti macam mana?

Aku rasa, satu jerlah… STRICT 100%.

Daripada entry macam ni jugak, baru aku tau betapa susahnya wartawan nak dapatkan info untuk assignment diaorang tetambah kalau melibatkan fakta (tolak wartawan yang auta dan hampeh).

Terima kasih pada Abang Ben Krenmaut kerana menganjurkan cabaran yang hebat ni.
Sumpah aku takmau buat dah!!!!

Hahahahahah

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #30/30
————————————————

Michael Jackson – Life Of A Legend

Selalunya Deaf suka buat review-review macam ni dan semua buku-buku yang dia review memang best. Masalahnya aku cari tak pernah pun jumpak. Sorry yerk kawan-kawan, Michael Jackson adalah seorang King Of Pop yang gua sedikit impress. Jumpak buku ni terus angkat sebagai kenang-kenangan. Sambil bayar, sambil kena piat telinga dengan amoi gua, tapi gua steady bayar je kat kaunter macam patung tak ada perasaan.

Aku tanak cerita panjang-panjang melainkan kalau ada request nak bagi extended review. Buku ni banyak menceritakan cerita dan gambar MJ daripada zaman Jackson 5 sampailah dia mati. Gambar dia naik moto ala-ala pasola pun ada.

Ada jugak gambar-gambar masa work concertnya dengan Eddie Van Halen. Salah satu aku suka dengan MJ ialah, walaupun dia lebih kepada pop, tapi dia suka mencampurkan banyak elemen dalam lagu-lagu dia.

Well, apa boleh buat, King Of Pop dengan Guitar Hero adalah antara gambar yang aku paling suka dalam buku ni. Banyak lagi kandungannya, tapi bagi aku time sikit untuk baca sampai habis. Heheheheheheh.

Kalau semangat ada dan banyak request nak tahu apa content dia, bolehla aku buat extended review nanti, insya-Allah.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #29/30
————————————————

External Drive Pertama

Merujuk kepada blog Orang Kecil Orang Besar tentang thumbdrive, aku pun mula teringat benda penting ni dalam hidup aku.

Thumbdrive pertama dalam hidup aku ialah Corsair Flash Voyager 1GB. Lambat betul aku beli. Harga aku beli time ni ialah RM150.00 sebijik. Aku beli 2 biji, satu aku punya, satu ayah aku yang punya. Banyak berjasa thumbdrive ni masa zaman Poli dulu. Benda ni la yang dok simpan segala assignment aku termasuk benda-benda tuuuuuut dan assignment copy and paste. Hahahahahah…. Daripada rekabentuknya yang unik, thumbdrive ni memang tahan lasak dan waterproof. Untuk rekod, pernah termasuk dalam washing machine dan aku terus cucuk kat PC tanpa ada sebarang masalah.

Thumbdrive kedua pula Kingston Data Traveller 2GB. Dapat free saja masa aku register sebagai PJJ Student di USM haritu. Kegunaan? Entah, jadi penghias dalam beg aku saja sekarang. Spare kot-kot nak pakai.

Aku lebih prefer dengan benda ni. Maxtor One Touch Mini, 160GB. Aku beli berapa ntah tak ingat. Samada RM200+ ataupun RM300+ di PC Fair. Betul-betul berbaloi. Aku gunakan benda ni sekarang untuk backup keseluruhan kandungan notebook aku. Yang bestnya, Maxtor sediakan sekali software suite yang boleh buat GHOST (klik untuk info) keseluruhan OS dan data aku. Jadi, kalau notebook aku kantoi, aku boleh terus restore notebook aku ikut time yang aku buat image ghost tu dengan hanya sekali klik (ok la, beberapa kali klik sebenarnya).

Itulah kisah aku dan thumbdrive. Kalau tak pakai, rasa menyemak… Tapi masa nak pakai, ialah satu penyelamat.

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #28/30
————————————————