Aku suka bentuk motosikal cafe racer yang klasik dan gagah, biasanya dipelopori oleh motorsikal-motorsikal eropah seperti Triumph, Norton, Royal Enfield (kurang popular?), BSA, Velocette, Rickmann, MV Agusta. Kaitan Cafe Racer dengan Rocker [baca] pada era 60-an tidak perlu didebatkan lagi, ianya berada dalam lipatan sejarah, dan kita sekarang terutamanya pada peminat kadangkala boleh terliur dengan motorsikal jenis ini yang kadangkalanya masih dapat dilihat di atas jalan dengan penjagaan yang sangat rapi daripada pemiliknya, dah ibarat menjaga bini!
Peminat cafe racer datang dari pelbagai golongan dan ada hasil kerja pemuliharaan dijalankan oleh mereka yang sangat berdedikasi seperti Cafe Racer Dreams (sayangnya tiada bahasa Inggeris). Di Malaysia juga ada, cuma aku rasa belum ada yang betul-betul berdedikasi dalam mendokumenkan segala hasil kerja mereka dalam bentuk blog untuk perkongsian dengan para peminat.
Aku terjumpa dengan hasil karya Mick & Peggy yang boleh dikatakan sangat superb. Ramai orang mungkin boleh melukis outline kenderaan, tetapi jika ianya dihasilkan dengan kemasan yang sangat terperinci, ia adalah satu seni.



Kenny Roberts 250, built by Kel Carruthers with Rob North frame. Kenny used this bike to finish 4th in the 1978 250 World Championships










Sumber: Mick’s Motorcycle Drawings via Asphalt & Rubber, Racing Cafe
lawa drawing diorang….boleh buat projek nih
faizal recently posted..KISAH 8 SEPTEMBER!!!!!!
Love these sketches, but rare garage make such before making cafe racer. From my experience.
Jason cafe racer lover