Buku Rebus

Kurang dari 12 hari lagi, aku akan menduduki Peperiksan Akhir untuk Tahun Pertama aku sebagai pelajar PJJ Pengurusan di USM. Terus terang, sepanjang setahun ni…. Aku tak sempat langsung buka modul yang dibekalkan. Sidang video jauh sekali la.

Pernah aku cuba bila habis kerja (takder apa yang down, balik awal). Mandi, semayang Maghrib dan Isyak… Cuba buka buku, akhirnya bukan buku tu yang aku baca, tapi buku tu yang baca aku! Letih!!!

Jadi, pada 12hb yang akan datang ni, berkemungkinan besar aku akan menggunakan teknik hikmat tembakan rambang seperti yang diajar oleh Ali Setan dalam filem tu untuk menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan.

Doakan aku. Minggu ni, aku akan rebus semua modul tu dan minum semua air rebusan tu.

Insya-Allah, artikel RSSM aku akan menjengah mass-audience beberapa bulan lagi di Roda-Roda; majalah lagenda peminat dunia motosikal di Malaysia. Semoga semua dapat memperoleh manfaat daripada catatan aku yang terdahulu.

facebook comments:

6 Replies to “Buku Rebus”

  1. assalamualaikum..hehehe…

    jgn minum air rebusan buku brother..kang pitam haa..tak jamin..hahaha…

    anyway semoga berjaya!

  2. good luck bro…susah2 bawak toyol jer..heheh..

  3. Mus..cayalah.. tak sabo aku nak beli majalah roda-roda..nostalgia beb..umah aku masuk sekali tak dalam catatan hang tu? kihkihkih..

  4. Good luck my friend!

  5. […] Namun, bak kata ramai kutu-kutu rock yang lain; Hidup Mesti Terus! Dan semestinya buku itu akan aku rebus!. AKPC_IDS += "753,";Popularity: unranked [?] personal none Edit in […]

  6. […] lah, aku nak semua buku kemas walaupun 5 tahun yang akan datang (nampak sangat aku tak baca buku). Periksa haritu, aku cuma dapat pointer 2.18 saja. Teruk betul. 2.18 tanpa membaca buku langsung. Gila. Ali Setan […]

Leave a Reply

CommentLuv badge