Bersantai Sambil Menjamu Selera

Malam makin gelap. Aku dan Latip yang kebosanan di dalam kampung, mencari tempat untuk melepaskan rasa bosan. Terjumpa teratak indah, badan bersandar, minda dah kosong… Tenang tak hengat….

Aku ternampak ketuk-ketuk atau kerantung. Ku faham tugasnya, tapi tak tergamak nak menggunakannya.

Kulihat menunya, kami tak ke puncak bukit ataupun gunung, tapi namanya memang di puncak.

Ini sudah lain macam… Kenapa tiba-tiba ada kambing bakar? Aku dan Latip tersilap masuk kedai ka? Kenduri Kampung Bunian ka?

Dahaga tak dapat dibendung. Iran Cafe pula yang dipesan. Namanya ada nama Iran, cuma bancuhnya masih di luar Iran. Hehehe.

Dahaganya bukan kepalang, maka yang dipesan bukannya di dalam balang. Tapi dah nak macam sepupu-sepapat balang.


Lauknya pun dah lain macam, aku dan Latip pun tersenyum semacam.

Besarnya bukan kepalang. Rupa-rupanya paha kambing segar dari ladang.

Perut mula kenyang. Mata rasa bersengkang. Hampir-hampir nak terlentang…

Puncak Mutiara Cafe dimiliki oleh Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd. ini terletak di Kampung Pelet, berhampiran dengan Taman Guar Perahu, Penanti (sila lihat di sini). Hidangan yang disediakan, biasa seperti kedai-kedai lain, tetapi terdapat dua tiga keistimewaan seperti yang terdapat di dalam menu.

Nasi Briani Paha Kambing, seperti yang aku makan tadi. Adalah terlalu subjektif untuk dihuraikan dan semestinya, lain lidah akan lainlah pendapatnya.

Tetapi, penekanan Restoran Dalam Ladang dan tag-line Bersantai Sambil Menjamu Selera itu amatlah bersesuaian dan adalah lain dari yang lain. Dengan keluasan kawasan restoran dan teratak menjamu selera yang sememangnya selesa, restoran ini amat sesuai dikunjungi oleh keluarga ataupun satu kumpulan yang besar untuk menjamu selera. Terdapat sebuah mini bar untuk pekena kopi kalau taknak makan. Bolehla minum-minum kopi atau minuman panas lain sambil tengok-tengok tv dan berbual dengan staf restoran di sini.

Kepada yang tidak biasa dengan suasana ladang dan kandang kambing, mungkin tidak akan beberapa selesa (pepaham jelah, kandang kambing sebelah jer pun), tetapi bagi aku.. Semua tu membangkitkan memori aku masa di kampung. Nostalgik sungguh!! Jujurnya, harganya amat berpatutan.

Tentang sedap atau tidak masakan di sini. Aku rasa, perkara ni amat subjektif dan mungkin akan menimbulkan perbahasan yang hangat. Tetapi pada aku. Okeylah. Dari 5 bintang, aku berani bagi 4 bintang disebabkan kawasan restoran ni memang best sangat-sangat.
Oleh kerana kamera aku begitu terhad fungsinya, cuma-cuma gambar close-shot dan biasa sahaja dapat diambil. Akhir kata, datanglah sendiri untuk merasa sendiri kelainannya.

Dibuka setiap hari, 12 tengah hari hingga 2 pagi.


View Puncak Mutiara Cafe in a larger map

facebook comments:

11 Replies to “Bersantai Sambil Menjamu Selera”

  1. perghh!!!! mmg terbaek!

    mahal tak mus?

  2. ketuk2 tu untuk kita panggil waiter kan..(pesen sama cam kat satu restoran kat jakarta) Tempat makan pun dlm pondok gitu..

  3. @Husni
    – murah. hehehehhe.

    @Cieyla
    Ha’ah, untuk panggil waiter. Bandung ngan Jakarta saya ngak bisa pergi lagi dong…

  4. lukmanw@gmail.com says: Reply

    Hang bagi la land mark sikit kat warung ni. dah terliur aku!

    Lukmanw

  5. gile ah..kamben makan kambeng.
    hahahahahahahaaa..!!

  6. @Abang Lukman
    Kena masuk dalam kampung bang. Signboard kampung nama KAMPUNG PELET, netul-betul depan Masjid Kampung Pelet. Dari pekan Penanti memang nampak dah. Nanti masa pilihanraya mesti ramai ke sini

  7. terliur plak tgk air iran tu waktu panas2 macam ni….

  8. […] ramai yang dah merasa Briyani Paha Kambing di Puncak Mutiara Cafe seperti yang aku pernah review dulu. Tapi seperti yang aku cakap dulu la, lain lidah, lain la […]

  9. […] ramai yang dah merasa Briyani Paha Kambing di Puncak Mutiara Cafe seperti yang aku pernah review dulu. Tapi seperti yang aku cakap dulu la, lain lidah, lain la […]

  10. perhhhhhhhhhhhhhhh….
    lama da x pekena kat sana……….
    terliuq aku tgk….
    hik3…..
    kalau la kat KL ni ada puncak mutiara….
    sure2 ari2 aku hadap mkn kat situ…hahahahaha…

  11. 4 1/2 star bleh bagi pada puncak mutiara cafe…class gitu….

Leave a Reply

CommentLuv badge