Belang Full Fairing aka Belang Facelift

Setelah entry aku untuk Model Baru Suzuki 2010 yang telah direquest untuk di delete dan disusuri dengan pandu uji oleh aku, kali ni, aku nak ulas perancangan Suzuki Assemblers Malaysia untuk menaiktaraf Suzuki Belang R 150 kepada model yang mempunyai fairing penuh di hadapan.

Mungkin ramai yang gembira, tetapi bagi aku dan peminat-peminat Raider 150 asal, pasti berbeza pendapatnya. Kali ni, gambar yang telah ‘leak’ ni, aku takkan ulas di forum. Kerana apa? Entry di forum akan datang dan pergi, dan akhirnya akan lenyap begitu saja.

Maaf Suzuki Assemblers Malaysia, entry ini mewakili pendapat aku. Dan ingin aku tegaskan di sini, gambar ‘leak’ ini, aku ambil dari forum dan telah dibincangkan secara bebas, jadi gambar kali ini tidak akan dikeluarkan dari blog ini.

credit pixies to alongfxr, Malaysian Bikers Community.

Belang Facelift Right Body View
Belang Facelift Left Body View

Pada bahagian sisi, penambahan fairing tepi yang penuh mungkin ada kelebihannya ketika hujan. Sepertimana yang sedia maklum, Belang R mengalami masalah besar ketika melalui jalan raya yang basah kerana ketiadaan fairing tepi, bahagian bawah seluar senang basah!

Penambahan fairing juga berkemungkinan boleh menambah-baik keadaan aerodinamik dan rintangan angin yang ketara dapat dikurangkan. Namun tolonglah, jangan gunakan fairing Shogun ni, buruk sekali rupanya! Suzuki mungkin ingin menguasai pasaran moped ‘supersport’ bawah 150cc 4 lejang, tapi tolonglah, rekalah fairing yang lebih baik dan cantik daripada ini. Malaysia belum kekurangan designer yang power-power untuk mereka bentuk fairing yang lebih aerodinamik, moden dan seksi.

Belang Facelift Meter Panel

Maaf! Panel meter yang diceduk secara terus dari Belang R 150 ini amat tidak sesuai dan nampak amat outdated. Pihak Suzuki harus mencipta panel meter yang baru, seboleh-bolehnya fully digital seperti Suzuki FXR 150 untuk memenuhi ruang di atas headlamp. Headlamp pula, janganlah pakai daripada model Shogun yang sedia ada, sila reka semula headlamp baru dengan nafas baru yang lebih radikal.

Belang Facelift Back View

Pada bahagian belakang……. THANK GOD!!!! Tiada perubahan. Kalau ubah jugak memang nampak macam skuter dah Belang facelift ni!!!

Belang Facelift Left View
Belang Facelift Right View

Perubahan paling ketara untuk prototype ini ialah dengan penambahan front fairing menggunakan headlamp dan fairing seakan-akan Suzuki Shogun. Disini, ingin aku ulas berapa penambahan ini telah mencacatkan terus identiti drag bike daripada versi asal Suzuki Raider 150.

Hal ini adalah amat kontra dengan versi radikal yang diperkenalkan oleh model Raider. Dapat dilihat dengan jelas betapa kedudukan handlebar dinaikkan beberapa inci daripada kedudukan asal. Hal ini pasti menggembirakan pakcik-pakcik (harap maaf) yang tidak berkenan dengan versi Raider yang lebih rendah dan di dalam keadaan posisi lumba.

Namun, daripada segi kebaikan, handling dan gravity-center mungkin akan lebih baik berbanding Belang/Raider/Satria ketika mengambil selekoh. Long distance top speed? Harap maaf, aku lebih selesa dengan kedudukan handle Belang/Raider/Satria.

Namun, pihak Suzuki harus ingat. Perubahan yang dilakukan bukanlah hanya perlu dilakukan dari segi kosmetik semata-mata. Barangan yang digunapakai seperti monoshock dan front fork harus dititikberatkan agar menggunakan bahan yang lebih berkualiti dan selamat. Dari segi body underbone, kerangka utama harus dikuatkan kerana, terdapat banyak kes Belang R yang mengalami kemalangan, terjejas teruk di bahagian underbone frame chassis yang akan bengkok masuk ke dalam.

Suzuki, selamat maju jaya untuk model baru ini. Jangan harapkan perubahan kosmetik ini untuk berjaya. Kualiti dan after sales service harus digandakan 120% atau lebih daripada keadaan semasa. Kepercayaan pengguna terhadap Suzuki adalah daripada ketahahanannya, bukan daripada segi kosmetiknya.

Cosmetics is only for business but the Suzuki brand is for the serious rider.

facebook comments:

2 Replies to “Belang Full Fairing aka Belang Facelift”

  1. saya berkenan dengan full fairing belang Along FXR itu..boleh tak awak buat untuk saya jugak..sye guna suzuki belang jugak tak tahan an angin kuat kat highway..harap maklum

    1. Ni mesti kes baca tak habis ni

Leave a Reply

CommentLuv badge