Bayview Hotel Penang – Bulan Madu Dalam Negeri

Bila aku membaca entry-entry dalam Krenmaut yang menunjukkan pemandangan dalam hotel, baru aku teringat yang rupanya aku ada tertinggal berapa banyak post yang sepatutnya aku masukkan dalam blog; sekadar untuk berkongsi.

Sebenarnya, pada Oktober 2011 yang lepas, aku dan isteri mengambil keputusan untuk mencuba nak bersantai dalam negeri, jadi melalui seorang rakan, Encik Zainal; kami mencuba untuk menginap di Bayview Hotel, Penang. Senang cerita. Encik Zainal ada offer special rate untuk kami berdua sempena perkahwinan kami.

2nd Honeymoon!
Katil best. Dalam almari ada safe deposit box dan sejadah
Dah pakai LCD TV. Hotel biasa masih pakai CRT
Ada bathtub!
Meja ni aku buat masak air aja
Sandwich ni, Abang Zainal yang belanja! TQ
View dari bilik. Menghadap E&O Hotel
Door card and receipt

Aku ni bukanlah kaki tidur kat hotel. Mana aku tau yang kad ni dapat free. Dulu punya hotel kan selalu bagi kunci. Jadi masa nak checkout tu, bila aku nak bagi balik kad ni, receptionist pun macam blur-blur, dan aku pun blur sekali. Hahahahaha

Terima kasih Abang Zainal sebab cadangkan hotel ni, memang puas hati. Dan bila aku post entry ni, baru aku teringat yang aku tak buat lagi pun entry pasal bulan madu kami lepas kahwin haritu

 

Hotel Rate:

Superior – RM210.00

Deluxe – RM280.00

Junior Suite – RM380.00

 

facebook comments:

3 Replies to “Bayview Hotel Penang – Bulan Madu Dalam Negeri”

  1. E&O bila lagi? šŸ˜€
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Fontana? (Part 4)

  2. Bukan semua kad kunci itu dibagi free. Ada hotel 4 star di Lumut charge RM 10.00 kalau nak ambik kad itu sebagai souvernir

Leave a Reply

CommentLuv badge