Bayaran Iklan Nuffnang Pertama

Lepasla nak renew hosting dan domain fee

Akhirnya, cashout Nuffnang aku yang pertama telah pun sampai pada minggu lepas, itupun lepas aku klik button cashout pada pertengahan Disember yang dulu. Buat kali pertama, aku dapat merasa duit iklan Nuffnang yang aku letak kat blog ni sejak beroperasi (secara self-hosting) pada 2009. Sebenarnya, aku pun tak ingat sejak bila aku berpindah ke webhosting, cuma pada 2009 tu aku mula menggunakan domain sendiri. Tak lama selepas tu aku dah jemu dengan blogspot dan mula belajar WordPress.

Cashout aku ni, sebenarnya ciput gila kalau nak dibandingkan dengan pendapatan yang JARDNESS dapat (salah sorang blogger yang kadang-kadang aku blogwalking). Dan daripada apa yang aku perasan, blogger-blogger wanita ni la yang paling ramai visitor, dan biasanya paling ramai rajin klik iklan Nuffnang diaorang ni. Untung kan jadi wanita? Rajin buat blog, pandai tarik visitor dan akan dapat duit.. Blog aku dah bersarang 3 tahun lebih baru nak merasa duit Nuffnang, tu pun tak sampai RM200.00. Tapi, Alhamdulillah, rezeki!

Terima kasih kepada yang sudi klik iklan Nuffnang aku tu. Klik la banyak-banyak sikit, aku nak renew hosting, domain bulan 3 ni dan nak beli CD lagu banyak-banyak sikit…

facebook comments:

16 Replies to “Bayaran Iklan Nuffnang Pertama”

  1. tahniah…rezeki dr Allah tu…epy blogging

  2. congratulations and keep up with the good work 😉
    Nath recently posted..Coming Soon: Valentine

  3. wahhh.. ada link la! hehehe. makaseh.. tp kan… cheque yg ku dpt lebih kurang sama je dgn nilai dgn kamu. hehe.. moga tahun ini murah rezeki buat kamu

  4. Alhamdulillah. Saya pun baru cashout, awal Februari ari tuu…. mungkin April nanti dapat lah kot… hehe!

    1. lebih kurang 2 bulan =)

  5. kira ok dapat cash out, ada orang iklan nuffnang dia langsung tak bergerak
    sabree hussin recently posted..Bila Kita Buat Allah Akan Cintai Kita & Manusia Juga Akan Cintai Kita. Apa Dia?

    1. aku dulu pun tak bergerak, bila traffik kat blog dah up sikit, baru iklan jalan.

  6. tahniah bro…

  7. blanja makan nasik kandaq abu!
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari LYN Street Mart (Part 3)

  8. Support gak ya untuk di Indonesia.
    ary widodo recently posted..Extensions Pagerank Status Blog Super Lengkap

Leave a Reply to ary widodo Cancel reply

CommentLuv badge