Barang Pertama Untuk Anak Abah

Macam manual gitar, khas untuk anak abah! Hehehe

Botol susu Tommee Tippee dinamakan Tommee Tippee Anti-Colic Plus Bottle. Terus terang aku cakap, sebagai seorang lelaki yang rock, suka naik motor, suka tidur, suka mengail (walaupun dah 1 tahun lebih tak pegang rod) dan maintain ego sebagai seorang lelaki… Memang aku tak tahu apa-apa pasal pregnancy dan babies. Semuanya aku harapkan pada Nurul untuk uruskan, dan aku akan assist dari segi logistik dan kewangan yang kami sama-sama share.

Packing hebat ala-ala Orange Micro Crush ku..

Mula-mula tu, aku bising jugak, murah apa RM48.00 untuk 2 botol anti-colic ni! (harga asal seperti label tu). Rupa-rupanya baru aku tau, kawan-kawan Nurul dah ada yang beli, satu botol pun dah RM38.00 harga normal. Bila dah jadi twinpack, dengan harga RM48.00, memang murah gila la.

Kan aku dah cakap, packing macam barang elektronik!

Lepas tu, bila aku keluar jalan-jalan ke kedai-kedai baby, dan pusing-pusing masuk Jusco, butik Anakku… Baru aku paham.. Mahal jugak rupanya barang-barang baby ni terutamanya botol susu dan barang-barang lain. Dahla nak kena cari yang BPA Free. (memula aku pun taktau, apa benda BPA tu).  Sebenarnya, kalau nak terangkan lebih-lebih pun aku taktau, baik baca aja di http://en.wikipedia.org/wiki/Bisphenol_A senang lagi kan?

Anti-Colic Function Explained!

Rupa-rupanya, botol ni adalah untuk mengelakkan baby kembung bila menggunakan botol yang tak sesuai. Oooooo…. baru aku tau. Mulai sekarang, aku dan Nurul dah mula beli barang-barang baby. Maka secara automatiknya, semua plan konvoi aku, angan-angan nak sambar gitar baru, angan-angan nak memancing, angan-angan nak beli helmet baru… Semuanya aku kena letak tepi kejap.

 

facebook comments:

3 Replies to “Barang Pertama Untuk Anak Abah”

  1. 1. anak abah~ dah teropong laki ke pompuan?
    2. aku teringat komen portdy kat blog aku xlama dulu… “nnti akan ada entri pasal baju ibu mengandung, brg baby, etc” hehehe rupa2nya hang post dulu 😀
    3. susu ibu adalah susu terbaik 🙂
    4. yup, brg2 berkaitan baby mmg mahal, wlupun cap ayam
    5. “angan-angan nak sambar gitar baru…” yg mana satu?
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Dabai?

  2. 1st time jadi bapak mmg excited…

    aku dulu semua wife (ditemani kakaknya) yang beli…aku just hulur duit jer…heheh…
    Berteromber recently posted..Breaker

  3. […] membeli set botol pertama Tommee Tippee, kami membeli pula botol bayi jenama Avent keluaran Philips (hahaha, memula aku bertekak jugak […]

Leave a Reply

CommentLuv badge