Bank Terbuka

Tarikh telahpun tiba ke 21 Syawal 1430 Hijrah. Dalam minggu-minggu terakhir ni, banyak betul rumah terbuka. Tapi kali ni, aku nak cerita tentang ‘Bank Terbuka’ anjuran Bank Rakyat Bayan Baru. Sebagai salah satu agensi paling banyak buat loan dekat bank ni (termasuk aku), seluruh staff pejabat aku dijemput ke bank terbuka hari ni. Rasa teruja jugak nak merasa macam mana.

Walaupun space kecik dan parking limited, jamuan yang bermula dari pukul 9.00-12.00 ni menyediakan lauk yang best-best seperti:

1. Roti Jala
2. Bihun Goreng (fresh from kuali)
3. Mee Goreng (fresh from kuali)
4. Char Koey Teow (Penang Specialty) – tapi gua tak makan sebab brader tu pakai baju….
5. Rendang Daging
6. Rendang Ayam
7. Beraneka kek dan kuih raya (yerlah, dah ala-ala rumah terbuka)
8. Laksa
9. Air Oren dan Teh Tarik
10. Ais Kacang
11. Satay dan Nasi Himpit beserta accessories

Memandangkan space yang limited, tapi kalau dah panggil semua hantu-hantu makanan ni, peduli apa kalau makan tepi longkang pun. Muakakakak. Terima Kasih Bank Rakyat Bayan Baru, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin (jangan lupa approvekan overlap loan saya…)

facebook comments:

5 Replies to “Bank Terbuka”

  1. model makan je amik lan…makan je amik lan…tp dak lan tu kurus je aku tgk..bela hantu raya ke ape…hahhahahaha 😛 gambo ko makan tak dak ka????

  2. haha mkn tepi longkang tu kan penambah perisa..cukup rasa haha

  3. eddie dewanaga says: Reply

    hahaha… lu skip 'char kuey teow' sebab brader tu pakai baju Liverpool..???

    kecik ati Zan, beb…

  4. Char Koey Teow (Penang Specialty) – tapi gua tak makan sebab brader tu pakai baju….baju pe brader?
    hahaha…tajuk gila ah..bank terbuka….igtkn peti besi diorg yg terbuka…kah kah kah!!!klaka la…

  5. Muekekeke, sekali sekala nak 'bermanja' jugak dengan Zan dan Liverfool punya kipas susah mati. hehehe

Leave a Reply

CommentLuv badge