Baby Car Seat

Cara pasang ikut manual

Baby car seat ni menimbulkan satu ketidaksefahaman antara aku dan Mrs. Speedrider berdasarkan tempat yang sepatutnya diletak. Aku berkeras untuk mengikut manual dan meletak di bahagian belakang. Tetapi Mrs. Speedrider pula menyatakan dia tak selesa kalau letak belakang sebab tak nampak baby di sebelah, takut dia tercekik ataupun position tak betul dan sebagainya.

Tetapi secara jujurnya, walaupun letak baby di bangku hadapan ni lebih mudah, aku akui bahaya yang akan timbul. Tetapi persoalannya, berapa ramai yang sanggup letak anak berusia tak sampai 3 bulan di bahagian tempat duduk belakang?

 

Nampak macam terganggu dengan seatbelt

Harga car seat ni pun satu hal. Sebenarnya aku dan Nurul dah berapa kali buat survey di supermarket untuk beli car seat yang murah dan berbaloi. Akhirnya, kami pilih car seat yang boleh muatkan bayi berusia 0-1 tahun sehinggalah bayi 1-4 tahun umurnya. Sebab tu car seat ni besar dan gedabak sikit saiznya.

 

Muhammad Qayyum tak meragam! Good!

Pasal harga… Aku survey ada satu tempat (kedai baby) ni dah letak harga RM259.00. Jadi, aku ke kedai satu lagi yang boleh dikatakan termurah di area Kepala Batas, Penang ni. Sekali tengok car seat yang sama berharga RM359.00. Staff situ kata, diskaun akan diberi sampai harga RM295.00.

Aku terus cakap, “lu pi cakap kat tauke, apasai XXXX Babyland jual lagi murah?”

Sekali tauke tu datang (muka dia memang macam gangster sikit) kat tempat aku dan dengan suara yang agak tinggi (dengar satu kedai laaaa).. Habislah aku nak kena maki…..

“Berapa itu kedai kasi sama lu?? Sekarang lu cakap belapa lu mauuuuu??”……

Diam kejap… Aku pun terkejut… Mrs. Speedrider terkebil-kebil…

“OK la!, gua kasi RM250.00 sama lu!!”

Hampeh, aku ingat dia nak bergaduh dengan aku dah malam tu.. Ha! Ha! Ha!

Lepas tu dia sambung… “Betoi aaar dia jual RM259.00??”

aku dengan cuak-cuak berani sikit pun kata ” Betoi laaaaaa”

So, sebenarnya berapa dia untung untuk car seat tu? Sekali boleh drop harga punya banyak. Hahaha misteri…..

 

(Kalau aku tau dia nak kurangkan harga, mau aku balun letak harga RM190.00 aja) Ha! Ha! Ha!

facebook comments:

6 Replies to “Baby Car Seat”

  1. babyseat bubuh kat belakang, ibunya pun duduk kat belakang… lagi praktikal kan?

    1. sepatutnya macam tu.

      Kes ni, sebab wife drive keta asing ngan aku untuk hantar anak ke pengasuh. situasinya = driver + baby sahaja

  2. same laa masa nk p beli car seat Putri.. dari 3++ dapat 2++… pastu dok terkial2 nak pasang kt dpn ke blkg.. tp prefer letak depan sbb sng nk usha baby..
    laily recently posted..Jalan-jalan Johor

    1. letak depan jadi bahaya pulak =(
      speedrider recently posted..Baby Car Seat

      1. tulaa.. tp kat manual die leh taruk kat depan..

        ade tu plak x kasi taruk depan… depnd ikut brand atau jenis baby car seat kot..
        laily recently posted..Sibuk

  3. sebenarnya letak ikut manual adalah cara paling selamat

Leave a Reply

CommentLuv badge