Ulasan Ringkas Headphone Audio Technica ATH-M50xBT

Setelah hampir sedekad aku di kem Sennheiser dengan headphone entry level; Sennheiser HD202, aku mengambil keputusan untuk ‘move on’ ke kem Audio Technica pada 2019.

Ia bukanlah suatu yang mudah untuk mengubah citarasa halwa telinga atau aku rasa untuk kes aku, lebih tepat istilah ‘fanboyism’ dari satu jenama ke jenama yang lain. Tambahan pula, bila 2-3 kali mencuba jenama-jenama lain, tidak menepati citarasa dan biasanya tidak menepati had isi poket.

Sebelum ATH-M50xBT dikeluarkan, Audio Technica telah lama (4 tahun) meninggalkan kesan abadi dengan ATH-50x. Atas sebab itu, Audio Technica mengambil keputusan menggunakan profile ATH-50x kepada ATH-M50xBT iaitu inovasi Bluetooth ditambah. Tidak syak lagi apabila model ini mendapat review yang baik dari majalah audio antarabangsa dan portal-portal audio yang lain. Contohnya What HiFi memberikan 5 bintang dan model ATH-M50xBT tersenarai di dalam senarai Top Ten Techradar.

Lama juga keputusan dibuat. Bayangkan, aku mencuba ATH-50x (versi berwayar) pada tahun 2015 di Jaben Queensbay Mall dan pada tahun 2019 baru beli! Nasib baik keluar model ATH-M50xBT ni, sekurang-kurangnya ia dah dinaiktaraf dari model berwayar.

Berikut adalah spesifikasi Audio Technica ATH-M50xBT:

Type Closed-back dynamic
Frequency 15-28,000 Hz
Sensitivity 99 dB/mW
Impedance 38 ohms
Battery life 40 hours (approx)
Charging time 7 hours (approx)
Weight 310g
Bluetooth 5.0
Range 10m (approx)

Kabel 3.5mm jack sepanjang 1.2 Meter dibekalkan. Kabel ni boleh dicabut dan sekiranya nak mendengar audio High Resolution, boleh pakai kabel ni untuk disambungkan ke smartphone atau Digital Media Player. Kabel yang pendek ni maksudnya, aku dah tak boleh melepak jauh-jauh macam aku pakai Sennheiser HD202 dulu (kabel 3 meter) dari sistem audio kekal. Aku rasa, ATH-M50xBT ni disasarkan pada on-the-go person, bukan kaki hifi lepak kat rumah. Takda problem, kalau rasa nak dengar pakai kabel kat rumah, kena beli kabel panjang sikit lah.

Selepas 4 hari penggunaan, memang terasa sedap sound yang dihasilkan oleh driver 45mm headphone ni. Bass dia hasilkan secukup rasa dan tak over macam sesetengah model headphone Sony. Dan aku rasa, sound dia memang cukup padu kalau dibandingkan dengan sesetengah model headphone lain yang lebih mahal. 4 hari aku selang seli dengan lagu dari genre Death Metal dan Rock, semua details sound hampir dapat didengar dan aku berpuas hati dengan hasilnya.

Apps Audio Technica Connect perlu dimuat turun untuk kita melihat status battery dan untuk mengetahui samada kita tengah dengar lagu pakai codec AAC, aptX atau lain-lain semasa kita tengah pakai fungsi Bluetooth. Apps ni sedikit lawak dengan fungsi locator yang akan menunjukkan di mana kita sedang gunakan headphone ni di dalam peta; satu info yang tak berguna. Kesimpulannya, tak pakai apps ni pun takpa, cuma kalau concern dengan battery, kena download la nak tengok berapa % battery tinggal.

Cuma aku cukup tak berkenan dengan headphone yang boleh lipat-lipat macam DJ pakai ni. Takut patah! Hahahhahaha!

Video nyahkotak (unboxing) boleh tengok di bawah:

#HatiGembiraPoketMenangis