Assalamualaikum YB!!!!

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang

Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi

Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola

YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
“Jersi baru kami hai macam mana”

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah

Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan

Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan

Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti

“Assalamualaikum YB..”

————————————————————————————

Hentikan.. Hentikan muzik tu.
Muzik tu bolehla pakai tahun 90-an.

YB,
YB tau tak, dekat kawasan YB tu banjir tadi.
YB turun tak?
Tak turun?
Kenapa YB tak turun?
Masa nak PRU dulu boleh pulak turun?
YB tau tak, dengan banjir tu, YB dah lambatkan masa makan malam saya.
Ya, saya terlewat 30 minit untuk makan malam sebab nak kena buat U-Turn ikut jalan jauh.
YB agak, kalau kes banjir ni, buat alasan tak datang keja, boleh terima ker?
Saya pernah kena surat amaran dari kilang sebab tak pergi kerja sebab air takder dekat rumah saya.
Yerlah, badan bau pekung, nak keja macam mana, pencemaran udara tu.

YB,
Saya Rakyat
YB pulak Yang Berhormat.. Eh, sekarang kena gelar Yang Berkhidmat.
Ya, kami pilih YB untuk berkhidmat.
Kami ada masalah.
Macam-macam masalah kami ada.
Seremeh-remeh hilang anak kambing, sehinggalah tanah kampung tergadai nak buat taman perumahan,
Apa YB buat?
Ada tak aduan kami diambil tindakan?
Atau YB goyang kaki saja?

YB tau tak?
Saya tension kat tempat kerja.
Balik kerja pulak, jauh.
Penat tau.
Kena U-Turn pulak.
Boleh hangin satu badan macam ni.
Bila boleh settle masalah banjir tu YB?
Dah masuk bertahun dah ni???????

TEMPAT: SUNGAI LOKAN.

facebook comments:

3 Replies to “Assalamualaikum YB!!!!”

  1. uiks marah ke bro.

  2. rilek brader..
    kasi bunoh la itu YB.. baru bulih pilihanraya.. baru bulih maju.
    hahahaha..!!

  3. marahla, melambatkan masa aku balik ke rumah…

Leave a Reply

CommentLuv badge