Asam Pedas Kamunting

Hari ni, waktu lunch break, aku berpeluang ke Restoran Asam Pedas di Kamunting. Tak jadi nak ke Mee Udang di Changkat Jering. Singgah ke kedai ni. Aku ke kedai ni dengan Abang Haroon dari International Unit. Pergh, nama unit pun dah gerun. Dia pun boring makan kat kafe la tu, asalnya aku nak pergi dengan Cik Suzie saja, tapi dah dia nak ikut, aku pun naik la Cik Lisa dia. Save minyak aku. Heheheh….


Seperti restoran-restoran Melayu lain yang menyajikan masakan campur/kampung, begitu jugalah dengan restoran ni. Aku sempat bertanya dekat kakak yang melayan kami tu, apa yang paling special dekat restoran ni? Dia cakap, antara yang special ialah:

1. Dah tentulah Asam Pedas
2. Ayam Goreng Rempah
3. Sayur Pucuk Masak Lemak

Tenggiri tu Memang Besarrrrrrrrr Punya!! Tapi aku suruh akak tu amik yang kecik punya sudahlah. Nak merasa saja pun. Aku ngan Abang Haroon makan simple saja, semua sekali RM13.oo (Abang Haroon belanja, keh keh kehhhhhh). Aku ngan Abang Haroon, dah terbiasa dengan Asam Pedas jenis air, tapi asam pedas dekat kedai ni ala-ala macam sambal tumis sikit. Asam pedas jenis air tu, dekat kedai ni diaorang buat masak keladi. Kalau la dia buat Asam Pedas tu masuk ikan pari, confirm aku belasah cukup-cukup tadi.

Penilaian (2 mulut, 1 muda 1 orang lama):  5/10

—————————

Ramai yang tanya aku buat apa kat Taiping, sebenarnya aku ada kursus OSH dekat sini. Tadi ada la aktiviti tanak bagi peserta mengantuk, jadi setiap peserta kena cabut undi dan lukis muka orang yang kena undi tu. Awek yang lukis muka aku tu langsung tak bagi can… Lain kali lukis la rambut gua bagi panjang mengurai sikit…

facebook comments:

7 Replies to “Asam Pedas Kamunting”

  1. hahaha..aku suka gambaq yg last skalik..wanita tu mmg mempunyai hati yang jujur lagi murni..haha..

  2. hampeh la hang amin.. hahahahah

  3. comel gila muka bwh tu!1kah kah kah!!!!!

  4. comey la marka tu lukis muka hang,,wakaka

  5. speed , hang boleh guna gambo lukisan tu buat gambo profile hang, cute laa!

    pasal asam pedas lak , hari ni aku masak asam pedas kapla ikan merah….1st time buat heheh

  6. Mus

    So far restoran ini adalah restoran menu masakan Melayu no. 1 di Taiping

    Lukmanw

  7. Abang Lukman

    Dari pemerhatian saya, memang betul kata bang Man. banyak betul lauk kat situ.
    Jangan silap dengan penilaian kami 2 orang kat situ, kerana lauk kuah yang kami ambil cuma asam pedas tumis tu saja.. Tapi ayam dia nampak sedap sangat. Cuma selera saya tak berapa ada hari tu.

Leave a Reply

CommentLuv badge