Ant-Man (2015)

Scene awal membuatkan aku menyumpah apabila Dr. Pym menumbuk Carson sehingga berdarah hidung, tapi babak antara scene kemudiannya menunjukkan tiada kesan lelehan darah langsung, sapu tangan putih bersih dan hidung yang suci murni. Dan matanya langsung tak merah berair lepas kena tumbuk kat hidung!

 

Tapi, eh! Aku tak sepatutnya cari kesalahan dalam filem. Ok, tenangkan fikiran dan enjoy.

Scott Lang keluar dari penjara akibat kesalahan merompak syarikat lamanya secara hi-tech, mengalami kesukaran memulakan hidup baru kerana status bekas banduan. Namun perasaan sayang kepada anaknya Cassie membuatkan beliau berusaha untuk meneruskan hidup dan memberi nafkah kepada anaknya di bawah jagaan bekas kekasihnya yang telahpun bersama dengan pegawai polis yang menangkapnya!

Terdesak, Lang mengikut saranan kawan sepenjaranya untuk memecah masuk ke sebuah peti besi yang khabarnya mempunyai simpanan yang banyak, tetapi rupaanya hanya tersimpan sepasang “racing suit” retro.

Teruja dengan racing suit tersebut, Lang mencubanya dan tiba-tiba beliau mengecil. Suara Dr. Hank Pym memberikan arahan seolah-olah ianya adalah satu ujian kepada Lang samada sesuai memakai suit tersebut atau tidak. Rupa-rupanya, sengaja Dr Pym merancang semuanya supaya Scott Lang memecah masuk kediamannya semata-mata untuk menguji kebolehan memecah masuk Lang.

Setelah semuanya selesai, rupanya Dr Pym sebenarnya mencari “pengganti” Ant-Man asal iaitu Dr Pym itu sendiri.

Oleh kerana aku bukanlah kaki komik, aku tak tahu langsung apa kaitan Dr Pym dengan S.H.I.E.L.D., Howard Stark (Stark Industries) dan Avengers. Tetapi tak apa! Filem ini tidak memerlukan genius komik Marvel untuk memahaminya dan sekurang-kurangnya aku tak kecewa bila jalan ceritanya berbeza dengan komik!

Keseluruhan cerita bergerak pantas di antara babak dan unsur komedi serius dipaparkan dengan berkesan oleh Paul Rudd (Scott Lang aka Ant-Man).

Aku tak nak cakap banyak, inilah movie terbaik aku tengok tahun ni setakat Julai 2015. Menantikan Wasp (
Hope, anak Dr Pym) bergandingan dengan Ant-Man untuk sekuel berikutnya!

Rating: 9.50/10.00!!!!

facebook comments:

3 Replies to “Ant-Man (2015)”

  1. Cis!!…tak agak2 bagi 9.5…tak pasal2 aku nak kena pergi tengok sat lagi…hahaha…

  2. mini spoiler
    Ijau D. Koceng recently posted..Wordless Wednesday: Sembunyi

  3. Best ye?
    Aku baca ulasan kat suratkabar pun cakap best.

Leave a Reply

CommentLuv badge