Aku Nak Jugak!!!

Dalam masa cuti-cuti sekolah ni, banyak sungguh kenduri yang dibuat. Sampai sehari, 2-3 kenduri pulak yang nak kena pergi. Yerlah, semuanya kawan-kawan yang kenal dari kecik pulak tu.

Maka, presiden untuk persatuan orang-orang bujang pun beralih tangan lagi untuk tahun ni. Dan kami selaku muka-muka tebal ni, memang la dah tak kisah dan peduli dengan soalan keramat; bila nak merasa nasik minyak?
Nanti-nanti la makcik oi, minyak tengah mahal sekarang… kuikuikui…

Bercakap pasal kenduri, terbeliak la bijik mata aku apabila hantaran Nana AF ni pada suaminya ialah gitar idaman hampir kebanyakan orang (termasuk aku la), Gibson LP Slash Signature Series. Macam ni punya hantaran pun ada ka? Huiyo, aku pun nak kalau macam ni!!! Hehehehe.

Bercakap pasal guitar, dah semestinya aku dah terpaksa gantung guitar sejak dari awal tahun ni sebab betul-betul tak ada masa dah nak melayan benda ni. Tapi panggilan member pada malam minggu haritu untuk test Ibanez Jem 7V Prestige ni memang aku takleh tahan nak tolak. Terima aja!!!!

Dan apa kata kalau aku kawin nanti, ada member-member datang bagi hadiah kawin kat aku macam gambar atas ni? Boleh naik sewel la nanti… Terbalik meja kenduri pulak kang…. Hahahahah…

Tapi jangan tertipu, Ibanez di atas ialah Ibanez Tipu. Maka berhati-hatilah apabila menerima tawaran harga tak masuk akal sebuah gitar lagenda.

facebook comments:

3 Replies to “Aku Nak Jugak!!!”

  1. best! best!…..kalau tau…dari dulu aku tackle si nana ni…..

    GIBSON LES PAUL CUSTOM…PEARLY WHITE SATU!!!!

  2. boleh jer dia kta bang..
    tapi dia nak hantaran balas;
    Mercedes CLK satu. huhuuuuuuuu

  3. aku tgk gitar ni dlm GH3 mang gitar gibson ni paling mahal, mang slash guna kaler pon sebijik, xsilap aku dlm game 10k harga dia..

    aku dah xmain GH3 sgt, skrg bola plak..kang kena tarbiah plak

Leave a Reply

CommentLuv badge