
Abu Nasi Kandar merupakan salah satu ‘permata’ nasi kandar yang low profile dan tak ramai orang tahu. Aku sendiri misalnya, sebelum ni cuma dengar-dengar saja pasal kedai ni, sampailah Ijau dengan entry, Penang, The Wasted Years dan sessi mengenang kembali perjalanan beliau di Penang membuatkan aku rasa tak lengkap perjalanan aku sebagai anak jati Penang kalau aku tak datang try kat kedai ni.

Abu Nasi Kandar ni jangan disalah ertikan dengan Aboo Nasi Kandar. Mereka adalah 2 entiti yang berbeza dengan rasa lauk yang berbeza, lokasi geografi yang berbeza dan waktu perniagaan yang berbeza. Di sini, Abu Nasi Kandar menawarkan 2 jenis nasi iaitu nasi putih dan nasi tomato.
View Abu Nasi Kandar in a larger map

Bab ni, Ijau tak cerita dan aku nak cerita. Di Abu Nasi Kandar, lauk korang kena letak sendiri. Untuk mereka yang biasa makan nasi kandar di KL, mungkin ini biasa. Tapi sebenarnya di Penang, janggal gila bila nasi kandar kena letak sendiri. Aku pun terasa macam tengah layan Nasi Campur kedai Melayu bila buat macam ni. Hahahahahha.

Bila kena letak lauk sendiri… Perghhhhhh Me Gusta Muchos!!!!! Hahahahhaha. Serius, tahap ketagihan aku pada aras kebanjiran gulai sememangnya tak dapat dinafikan. Walaupun gulai nasi kandar tidak menggunakan santan, aku rasa aku patut kurangkan tabiat aku yang kurang bagus ni (dan menggelikan tekak isteri aku).. Kadang-kadang nasi dah nak macam moi sup pulak.. Hohohohoh.. (baru power dan terangkat beb!)


Price wise, pinggan aku yang kebanjiran tu berharga RM7.00. Murah kan? Sebab aku ada amik kambing jugak. Memang murah atau sebab aku ada mention nama Ijau bagi Abu syokkkk sikit? Hahahha.. Masa aku mention kat Abu, dia macam blur. Dia tanya aku yang mana satu, aku cakap “Yang chubby-chubby sikit, pakai spek, orang Sarawak, kerja Jabatan Kimia, dulu student USM”, lepas tu abu cakap.. “Oooooo yang gemuk-gemuk sikit tu ka, kalau dia mai Penang tu dia ada mai sini jugak”. Ok ijau, aku kata chubby, Abu yang cakap gemuk. Hahahhaah, dia pun lupa nama hang Razali, cuma dia ingat bila aku mention Sarawak dan Jabatan Kimia. Sebab itukah aku dapat murah? Kalau tempat lain, lauk aku ni mau mencecah RM10.00 ni. Hahahahah
Apa-apapun, seperti kata Ijau, tempat ni aku kategorikan sebagai POWER jugak lah. Cuma kedudukan kedai dan waktu perniagaan tu yang buat aku susah sikit nak jadi customer tetap. Kalau nak mencuba, silakan, tapi pergi awal sikit dalam pukul 6.00-7.00 petang, kedai baru bukak. Masa aku pi tu pun dah pukul 9.00 malam, lauk dah nak abis.
P/S: Semua gambar kecuali yang last bertanda ** ditangkap menggunakan Samsung Galaxy Note milik saudara Arif Juwaini
mmg abu xprnh tau nama aku wlupun aku dah jd regular kastemer since 1998-2005 hahaha!
awat xda gambaq muka abu?
Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 2)
Tu gambar 2nd tu
speedride recently posted..Abu Nasi Kandar
blur… aku rindu abu hahaha!~
Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 2)
btw, kedai gunting rambut “brothers” kat ujung nun masih wujud lg ke?
Ijau D. Koceng recently posted..Ada Sesuatu Dari Music Master (Part 2)
ada lagi. le[as kenyang makan, lepak kat sofa. Ha! Ha! Ha!
Calling all cars, calling all cars, we’re ready to make a deal.
Tak pernah tau abu nasi kandar. pasni nak try terjah juga la…
Juadah recently posted..Pasembur Penang