9 Bulan

Muhammad Qayyum Sembilan BulanPejam celik pejam celik, anak kami dah 9 bulan. Kelmarin dulu, dah boleh letak dah dalam trolley Tesco walaupun kena pegang. Lambat sikit dia stabil nak duduk, asyik jatuh. Merangkak pun masih on-off, asyik tersembam atau terbabas ke kiri dan ke kanan bila nak merangkak.

Dah lama aku tak cerita pasal Muhammad Qayyum. Last sekali entry semasa dia 6 bulan. jarak masa 6-9 bulan ialah 3 bulan. Dalam 3 bulan ni, dah macam-macam dia boleh buat. Merangkak dah boleh, memanjat dan start nak buas dah boleh dan yang paling mengejutkan, dalam-2-3 hari sebelum aku tulis entry ni, dia dah boleh nak bergaduh (babies fight). Bukanlah bertumbuk, tapi bila diacah, dia akan melawan balik. Cepat sungguh aku rasa (padahal lambat, sebab ada anak member yang umur 6 bulan dah boleh merangkak dan duduk dengan stabil).

Sekarang, Muhammad Qayyum dah pandai gerak aku bangun tidur. Bad habbit aku, lepas Subuh akan tidur balik, terutamanya pada hari cuti. Bila dia bangun, dah tentu akan naik ke badan aku dan tepuk tampar muka aku suruh aku bercakap dengan dia. 22 Disember 2012 hari Sabtu, wife aku pergi kerja. Jadi aku akan ambik turn untuk mengasuh. Nak dikatakan lepas Subuh, aku terus tidur mati. Tersedar kejap anak dah bangun, entah macam mana aku tertidur balik. Bila “tidur-tidur ayam” (Ada ke? Hahahah) baru aku tersedar anak dah tak ada kat atas katil. Menggelabah bewak weh! Rupanya dia dah jatuh katil. Aku jenguk-jenguk ke tepi katil aja, dia sengih kat aku. Nasib baik wife letakkan tilam kekabu sebelah katil, jadi dia landing terus atas tilam tu. Alhamdulillah nasib baik tak jadi apa-apa kat anak aku. Takut betul aku rasa pagi tu, terus hilang ngantuk. Next week, aku akan baraikan katil dan letak tilam flat dengan lantai, dan akan gantikan desk fan dengan floor fan, silap2 dia bangun tidur nanti, merangkak satu bilik! Jadi, semua plug elektrik pun aku nak kena ubah. Genap 9 bulan, abah dah biar Muhammad Qayyum jatuh katil, ish ish ish….

Aku ada ambil video waktu dia mula-mula boleh bercakap ba-ba-ba. Waktu dia boleh bercakap tu, tak berhenti dari pagi sampai malam! Aku tak ingat tarikh sebenar dia boleh bercakap tu. Itulah kelemahan twitter dan facebook; I’ve tweeted and shout ot on Facebook, tapi aku terlupa letak tarikh dalam catatan diari. Nak cari balik dalam FB dan Twitter umpama nak cari guli dalam kilang tepung. Boleh jumpa tapi lambat! Sekarang, sekejap saja anak kami dah 9 bulan. Aku rasa, time aku cakap-cakap dengan dia waktu dia masih dalam perut wife aku, azan/iqamat waktu lahir, baru saja terjadi semalam, pejam celik saja sat aja dah besar. Adakah pembesaran tanpa sedar anak ini normal ataupun adakah aku ni dah tua kerana mempunyai perasaan seperti ini?

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

10 Replies to “9 Bulan”

  1. enjoy the moment bro…nanti sedar tak sedar anak dah sekolah…

    1. iutlah. terasa cepat sungguh masa berlalu

  2. selamat menjadi abah misali bro…anak aku tua 3 bulan dr anak ko dan br je masuk setahun dan bulan depan akan dapat adik, dh pandai menolak bila suap mkn mknannya, tp minta2 mknan apa yg kita mkn…yang tak boleh blah tu bila merajuk jenuh aku nk pujuk balik, n bile anak aku demam langsung melekat tak bagi aku g mana2…enjoy hari2 penting ni bro…

    1. dah akan dapat adik. tahniah, makin meriah.

      1. thanks bro…

  3. hati2 bro klu letak kat troli supermarket (aku xletak nama supermarket), kdg2 troli tu kotor nak mamp… sstgh supermarket bknnya bersihkan, apa lg nak lap troli lps org pakai, so blh dibygkn mikrob dari ayam, sayur, dll…

    lil’ijau pun dah berperangai mcm tu… guling2, bababa, mamama, jatuh tilam (katil mmg dah buka semenjak pindah rumah), kejutkan pagi2, dll…
    Ijau D. Koceng recently posted..Wordless Wednesday: Perampas Dana! (Part 6)

    1. Aku pun rasa macam tu, dan lagi satu, kaki anak aku luka sebab kena besi troli tu. Lebih baik aku letak dalam stroller nanti. Cuma haritu darurat, lupa bawak stroller.

      1. bro…standby tisu basah bile kluar rumah…aku slalu lap kt sit biru dan paling penting besi troli (tempat pemegang troli) yg slalu kene gigit tu…maklum la br tumbuh gigi n nk gigit semua yg depan mata…

Leave a Reply

CommentLuv badge