7 Ramadhan 1432H

Yes! Im obese!

Okey, sila terkejut. Memang aku obese!

Aku akan cerita sejarahnya. Dulu, aku memang gemuk masa kecik, sampailah sekolah menengah. Aku merasa kurus pun, waktu aku main ragbi mewakili Penang dulu la, zaman-zaman time Piala Presiden, Piala Agong dan SUKMA, Walaupun Penang ni agak team belasahan, lantakkkk, janji aku dah merasa kurus. Senang cerita, masa aku masuk poli, berat aku lebih kurang 92kg, start-start main dengan Penang, berat badan aku turun ke 69kg dalam masa 6 bulan. Semua ni akibat daripada latihan intensif dan pengambilan diet berkalori rendah secara hardcore.

Selepas masuk kerja di tempat baru, selera aku jadi lain macam. Ye lah, kerja luar. Sambil kerja sambil makan. Hehehhe…. Selepas kahwin, terus badan aku naik lagi! Maka, berikut ialah catatan yang aku ambik:

1 Ramadhan 1432H – 108.8Kg
3 Ramadhan 1432H – 106.4Kg
7 Ramadhan 1432H – 104.6Kg

Ya memang, berat yang turun tu, orang panggil hilang berat air. Yes, itu betul. Tapi dari pengalaman aku yang pernah hilang berat badan dalam kuantiti yang banyak ini petanda baik. Dalam setiap pengurangan berat badan, tipsnya cuma satu:

Kekalkan berat yang sudah berkurang itu!

Ini adalah kerana, nak naik berat tu senang sangat-sangat, tapi nak turun itu susah gila-babi. Jadi, walaupun berat scale ni mesti ada yang sampai terjuling mata tengok sebab berat sangat, aku telah meletakkan target aku untuk mendapatkan berat <100.00 kg selepas bulan puasa berakhir. INSYA-ALLAH!

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

2 Replies to “7 Ramadhan 1432H”

  1. hehehe aku cuma 80+ kg je B)
    Ijau D. Koceng recently posted..Bazaar Ramadhan – Medan Raya (Part 4)

  2. aku ni bulan pose makin put on weight ada la…
    Gian semacam nak makan tu makan ni.

Leave a Reply

CommentLuv badge