5 Ramadhan 1432H

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَال َقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً

Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). – Tayibah Dot Com

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فَصْلَ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السُّحُورِ

“Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” Hadis riwayat an-Nasaie.- Tayibah Dot Com

————————————

 

Antara kelainan yang ada pada bulan Ramadhan ialah bangun bersahur. Berapa ramai diantara kita yang tidak bangun bersahur? Aku tahu, ramai yang tak lalu bangun pagi dan makan benda yang berat-berat terutamanya nasi. Isteri aku misalnya, dah sememangnya dikenali sebagai seorang yang jarang makan nasi. Bangun sahur pun sedakat 2-3 suap nasi. Berbanding aku, kalau setakat 15-16 suap di waktu pagi masih tiada hal. Hehehhehe, hantu Nasik Nandaq Penang la katakan….




Jadi, bagaimana untuk memastikan kita bersahur? Sebenarnya, bersahur tidak semestinya nasi. Gantilah dengan makanan-makanan yang mengenyangkan dan boleh dibuat sebagai pelapik perut sementara menunggu waktu puasa.

Dalam berbagai riwayat, Rasulullah SAW sering memberikan dorongan untuk makan sahur, sehingga beginda bersabda Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sanadnya sahih). – Dr. Maza.

 

Jadi, adakah anda telah bersahur? Saya sudah. Hahahaha…

 

Tak lalu nasik? Makan benda lain!!! Papa Hot Dog misalnya!

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

3 Replies to “5 Ramadhan 1432H”

  1. bersahur dgn nanas?
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Rex Pineapple?

    1. hahaha kenyang ka ijau?

  2. subhanallah… heheh

Leave a Reply

CommentLuv badge