4 Ramadhan 1432H

Tiada Satu Pun Lauk Yang...

Nurul telefon aku pada tengah hari dengan nada yang mengharap. Ya, dia mintak aku bawa balik bihun sup daging. Alhamdulillah, mau makan juga dia. Alah yang teruk dalam seminggu ni sememangnya buat aku berasa simpati dengannya. Nampaknya, bukan senang kalau mengandung. Kalau la lelaki boleh mengandung, aku dah pasti kurus sebab asyik muntah.

Tapi Nurul lain, dengan underweight, keadaannya yang alah dan keadaan ‘morning sickness’ yang teruk membuatkan aku berasa risau. Dah habis ikhtiar suruh dia makan, tapi apa yang masuk, itulah yang akan keluar. Sewaktu berbuka, nampaknya bihun yang dipesan pun keluar habis….

Aku harap, Koko Krunch yang dibeli petang tadi boleh dimakan sahur nanti oleh Nurul. Kalau tak, aku yang makan…… Alamak, sebenarnya hari ni, banyak snap yang aku ambil, tapi tak tahu mana satu yang nak letak dalam entry #4 Diari Ramadhan ni. Dalam banyak-banyak gambar, gambar atas lah yang dipilih memandangkan hidangan melambangkan keluarga.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

5 Replies to “4 Ramadhan 1432H”

  1. tanda anak buas tu bro hahaha (gurau je)
    Dr. Ben recently posted..Temuramah bersama Bob (Pyron)

  2. tgh2 mlm pun asyik muntah2 je… xbertidur dibuatnya kan?

    aku paham…
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan Nanas?

    1. Ai ijau. Sudah ada isi juga ka?

  3. anak pertama memang biasa camgitu..
    Berteromber recently posted..Anak Liar

Leave a Reply

CommentLuv badge