Celcom Itemised Bill

Dah retak henpon aku. Hahaha!

Aku dah mula menerima notis daripada Celcom menyatakan bil terperinci sedia ada akan dinaikkan daripada RM3.00 menjadi RM5.00 bermula daripada 18 May 2012. Aku menerima notis secara sms di talian platinum. Untuk talian 1+5, aku belum menerima apa-apa notis. Anehnya, mungkin aku terlepas pandang, tetapi notis ini tiada di web Celcom.

Pada pendapat aku, daripada aku membazir RM5.00 untuk itemised billing, lebih baik aku tengok saja secara online. Walaupun bil telefon sememangnya diperlukan untuk urusan tuntutan (berkaitan kerja), tetapi pada aku, RM5.00 untuk itemised billing atau bil terperinci ni, agak membebankan kalau pakai lebih daripada satu talian pasca-bayar macam aku.

Jadi, untuk menerima bil terperinci secara percuma, kita kena tukar pilihan penerimaan bil seperti berikut:

Mula-mula, kena pergi ke Online Customer Service dan ikut langkah-langkah berikut:

 

Ambil "My Account">"Account Status" dan klik di "Bill Type"

Ubah ambil ke Itemised bill (Free)

Sahkan

Settle

 

Selamat datang ke dunia tanpa kertas. Langkah yang bagus untuk alam sekitar. Untuk tutorial ni, kku tunjuk itemised bill untuk talian pascabayar. Tetapi sekarang, banyak ISP dah mula buat bil online untuk servis jalur lebar. Persoalannya, macam mana nak simpan rekod untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk rekod 7 tahun?



Outing Pertama Muhammad Qayyum

Stroller ni, geng-geng Sungai Puyu bagi, TQ 🙂

Mainan pertama, abah beli ibu bayar! Hahaha!

Eskalator pertama, nampak gayat!

Nasib baik Jusco ada bagi tempat duduk

Lepas balik dari Tasik Kenyir, aku dah  memang plan amik cuti pada hari Selasa tu, 8 May 2012. Walaupun cuti kecemasan! Bila dah cuti tu, Mrs. Speedrider pulak dah habis pantang, jadi inilah kali pertama kami bawak Muhammad Qayyum keluar berjalan.

Alhamdulillah, dia tak meragam sangat. Cuma kali ni, aku tak dapat masuk ke Speedy Video nak tengok cd sebab stroller tak lepas masuk. Perasaan cemas tu ada, sebab takut anak meragam. Syukur alhamdulillah, aku dah merasa pengalaman bawak anak keluar berjalan. Nanti bila dia dah start berjalan dan berlari, tak tau laaaaaaa…..