Ride Tak Tentu Hala

Sebelum Ride

Dah lama sebenarnya aku tak ride. Sejujurnya, aku rasa rindu gila nak ride. Bukan senang nak pendam perasaan melihat motorsikal tersadai dalam selimut kat rumah tanpa sebarang aktiviti. Aku stop riding sejak Mrs. Speedrider mengandung. Selain daripada keadaan Mrs. Speedrider yang alah teruk, tak berani aku nak ke mana-mana memandangkan di rumah mertua, hanya aku yang boleh memandu kalau sesuatu terjadi. Jadi aku ambil keputusan untuk bersara seketika.

 

Caltex R&R Gurun

Sabtu malam Ahad, malam sebelum ride aku buat keputusan mengejut nak test keadaan motorsikal yang baru diperbaiki sistem vakuum karburetornya oleh pomen bertauliah. Sebelum tu, pomen tak bertauliah atau lebih tepat aku la, setting tak dapat-dapat karburetor standard ni. Puncanya – aku lupa sambungan asal setelah wayar petrol aku bypass vacuum hose original Suzuki Belang. Hahahhaha!

 

Kolej Universiti Insaniah

Malam Ahad, selepas aku update status di facebook, Iyad (Tongkang Yard @ MBC) balas status kalau jadi, nak buat short ride ke Gerik (apa jadah short ride kalau Gerik, bapak jauh!). Tetapi mendangkan status aku tersebut sunyi sepi walaupun selepas pukul 10 pagi pada 29 April 2012, maka aku buat keputusan, Yard ni kencing! Wakakakakaka (mungkin takdak kaki lain nak ikut). Aku cakap kat wife yang aku nak keluarkan Cik Suzie sat pada pagi Ahad tu. Dia tanya aku nak ke mana, aku jawab “Abang letak kunci, start motor, tengok la motor tu nak bawak abang pi mana”. Hahahahhaha masam ja muka Mrs Speedrider pagi tu.

29 April 2012 – Memandangkan Yard tak jadi, aku call Aiman kat Sungai Petani. Niat nak ziarah sebab baru-baru ni dengar kata dia eksiden. Dia kata dia ada hal, minta postpone time sampai Zohor. Waktu tu dekat-dekat pukul 12 tengah hari. Aku cakap, “Takpalah, aku shoot sampai Gurun, lepas tu aku patah balik”. Sampai aja  di Gurun, selepas pekena setin minuman berlabel “Orang Kampung Tongkat Ali With Honey”, aku berubah fikiran. Dirasuk penunggu Tongkat Ali barangkali, aku call Shazwan aka Lipanz (pemalas update blog) dan cakap aku nak pi lepak ngan dia kat Alor Setar. Tapi aku lupa, sekarang dia dah berpangkat besar di UUM, bukan lagi penanam anggur dan mengharapkan 100% sumber pendapatan daripada Nikon D400-nya. Dia kerja! Aku lupa pulak yang Ahad ni macam hari Isnin untuk orang Penang!

 

Petronas – Kampung Lahar Pumpong, Kuala Kedah

Jadi, aku call Hanif Ali, kawan berperang di facebook untuk lepak makan sekali. Heran betol, kat FB selalu gaduh ngan dia, tapi time makan sekali tak bergaduh angkat meja pun. Semangat cintakan makanan barangkali. Owh, lupa nak cakap, Checkpoint aku di Alor Setar adalah di KUIN – Kolej Universiti Insaniah, tempat Hanif mengajar. Kami makan di kedai low profile saja. Memandangkan Hanif dah naik pangkat daripada Ketua Jabatan menjadi Timbalan Dekan, aku dibelanjanya Teh Tarik dan Teh O Ais sekaligus. Nasib baik time ride aku tak lalu makan, kalau tak mau aku ajak dia belanja Nasi Royale atau yang setaraf dengannya. Terima kasih kerana belanja.

 

Masjid Jamek Badlishah – Pekan Yan

Perjalanan pulang, adalah dengan mengikut jalan lama, melalui jalan persisiran pantai. Apa lagi, jalan Kuala Kedah – Yan la. Memang sejuk ikut jalan ni. Aku singgah Jamak Takdim di Masjid Jamek Badlishah. Kali ke-2 aku jamak di masjid ni. Kali terakhir aku datang ke masjid ni adalah ketika Mapping Ride Camping Pantai Merdeka dengan… Hanif Ali la!

Aku perasan ramai orang kampung hairan apabila melihat BEN SPIES yang sepatutnya bersaksi pada saingan MotoGP di Jerez (tahniah Zulfahmi dapat no #10 walaupun bermula di #28 kategori Moto3), tiba-tiba berada di laluan Kuala Kedah-Yan-Dulang-Singkir Laut-Semeling-Sungai Petani. Aku lali dengan keadaan ini. Dulu pun orang selalu silap dengan menyangkakan aku ni Valentino Rossi. Aku sudah terbiasa dengan semua itu.

 

Melecet!

Sampai di Sungai Petani, last pit-stop untuk re-fuel adalah di Caltex Taman Sejati. Kat sini, baru aku perasan yang tayar belakang aku dah melecet. Ini kurang bagus. Silap percaturan, tayar boleh meletup pada bila-bila masa pada kelajuan tinggi. Jumpak Aiman tak jadi terus memandangkan plan dah berubah tak tentu hala.

 

Cik Suzie, you’re a good tough girl!

Fuel Consumption selepas tukar karburetor standard pun belum cun. Mainjet terlebih besar pulak dah. kalau ikut statistik untuk 4 fuel-up Cik Elle pada 28-29 April 2012 pun masih berlaku fluctuation FC. Jadi, aku kena fine tune balik Main Jet karburetor ni. Dari segi warna plug, dah rich dah sikit (sebelum ni memang putih habis). Maunya tak putih kalau lubang vacuum lupa tutup!

Puas hati aku ride sorang-sorang! >200KM for one day! Daripada konon-konon short dah jadi agak long punya ride. Tak tentu hala betoi!



Hadiah Untuk Anak

Beg dapat 3, kami dah beli 1. Jumlah beg dah jadi 4!!!!!! TT_TT

Terima kasih untuk semua kawan-kawan dan saudara-mara yang datang menziarahi Muhammad Qayyum  dan memberikan pelbagai jenis barangan. Terima kasih banyak-banyak dari saya dan isteri. Minta maaf, korang tak letak tag, kami pun tak berapa ingat siapa yang bagi!

Set baju dan set makan

Set baju, set makan dan set bedak

Set baju, puting, bedak dna set mandi

Baju ni kami dapat 2 set yang sama! TQ Mai/Azizan dan geng opis!

Set baju

Set baju

Set baju

Set baju. Aku suka topi telinga zirafah tu! Huhuhuuuu

Set baju Zirafah jugak!

Set baju

Set makan

Stroller, perkongsian hadiah dari saudara-mara Sungai Puyu

Alhamdulillah, semua hadiah-hadiah ni kami amat hargai. Baju umpamanya, dah banyak membantu kami dalam menjimatkan kos. Hehehehehhe. Stroller tu memang rezeki anak, terima kasih kepada saudara-mara dari Sungai Puyu, yang telah banyak membantu aku daripada aku baby sampailah aku dah jadi abah baby.



Spyshot: Honda Wave 125i Bakal Tembusi Pasaran Malaysia?

Honda Wave 125i 2012

Bukan selalu nak dapat peluang dapat bertembung dengan model-model motosikal atau kereta yang sedang diuji di atas jalan kan? Hari ni, memang rezeki aku datang bergolek. Bila dah dapat peluang, aku ambil gambar cukup-cukup.

Test rider malu-malu pulak nak bagi respons tentang prestasi motosikal ni, mungkin menjaga rahsia syarikat. Takpa aku paham. Tapi bila korang dah berhenti parking… Hahahha memang aku ambil gambar keliling la….

Honda Wave 125i 2012

Bahagian carburetor ditutup, tak dapat pastikan model injection atau carburetor

Honda Wave 125i 2012 – Ekzos baru

Honda Wave 125i 2012 – Panel meter baru

Jika di Thailand, model PGM-FI sudah pasti, tetapi untuk pasaran Malaysia masih belum pasti. Aku nak belek habis-habis tadi, segan pulak. Cukuplah setakat apa yang aku ambil kot? Apa yang pasti, ruang helmet untuk model motosikal ini memang muat untuk sebiji helmet full face.

Rajin betul honda keluarkan motosikal kapcai kan? Tiap-tiap tahun ada model baru.