Battlax BT-39F SS

Design baru...

Sapa tak kenal dengan Battlax BT-39F SS memang bukan kaki motor atau lebih tepat lagi, mat motor yang mengambil tahu hal-hal cup prix. Sepanjang hidup gua, pernah pakai 2 kali saja tayar ni. Tapi gua heran, budak-budak zaman sekarang ni kaya-kaya betul. Baru amik SPM, lepas SPM, tengah bergelar Mahasiswa pun dah mampu pakai tayar Battlax tak kira la siri apa pun semata-mata untuk layan korner lipat ataupun sekadar nak tunjuk kat orang yang dia pakai Battlax.

Waktu zaman RG dan RGV tengah top

Kiranya zaman gua sempat merasa pakai Battlax dulu tu pun, kiranya tayar ‘cemey’ la… Tayar free. Suzuki dah habis round Cup Prix dan jual. Dapat free dari abang gua, yang dapat dengan harga lelong waktu tu. Lepas tu, kiranya memang gua tak mampu sangat la nak pakai. Tengok ajalah. Lagipun bab-bab kona lipat ni, memang gua fail. Dalam sejarah dah berapa kali tergolek waktu amik kona.

Memandangkan bila pikir-pikir balik, buat apa gua nak pakai Battlax kalau kona pun gua fail? Jadi gua sarungkan grip bercorak bunga Battlax BT-39F SS ajalah kat motor gua…. Lesap RM20.00 tadi… Baru aja tukar…

Playlife Grip



Katil Lipat

Package Box

Beg katil

Brand Sweet Cherry

Buka dari beg

Macam payung

Papan lapik plywood/processed wood balut sponge

Serius, memang macam bukak payung

Siap! Klau tak pasang papan lapik, budak berumur 3 tahun pun ok lagi

Letak kelambu

Dalam banyak-banyak barang baby, aku rasa katil lah benda yang paling banyak aku bincang secara serius dengan Nurul. lebih tepatnya, katil dan stroller (belum beli dan habis fikir lagi). Katil yang terus kami keluarkan dari senarai kemungkinan adalah katil jenis palang kayu. Ada 2-3 sebab kenapa katil kayu tidak menjadi pilihan kami, namun sebab yang jelas adalah:

  • Selumbar (kemungkinan)
  • Takut baby tersepit (terutamanya yang dah aktif bergerak)
  • Senang loose terutamanya dekat bahagian palang

Jadi, kami cuma survey jenis katil besi seperti yang di atas. Katil ni ada banyak jenama. Daripada jenama yang cap ayam sampailah cap gajah berjenama sikit macam Anakku dan Sweet Cherry (belum termasuk ESPRIT dan lain-lain lagi yang aku tolak tepi terus!!!)

Pada 8 January 2011, setelah mendengar ada katil yang agak murah di Tesco Alma, terus aku dan Nurul ke sana untuk membuat tinjauan dan membuat perbandingan harga. Dengan harga RM190.00, aku dan wife bersepakat untuk terus ambil dan malas fikir dah pasal katil. Sebelum ni, ada jugak brand yang tak pernah dengar, tapi harga sampai RM250.00-RM290.00 pun ada. Jadi, dengan RM190.00 ni, kira okay ajalah, malas survey dah.

Katil jenis ‘payung’ ni pun ada banyak jenis. Ada yang steady dan ada yang lembut sikit. Lembut tu bukan dari segi apa, bila pegang tu goyang-goyang. Jadi, aku pun ‘goyang’ sikit nak beli. Harga mahal tapi goyang, baik tak payah. Bika jumpak jenis ni, palang besi dia (dilindungi kain dan sponge) tebal sikit dan bila dah pasang, nampak tegap dan steady sikit. Tu yang terus ambil.

Lepas ni, fikir stroller pulak. Tu pun, aku masih berbelah bagi, nak ambil atau tak.



Hantu Popo

Ini version pedas punya

Khas untuk mereka-mereka yang hantu muruku Popo. Belilah party pack yang besar supaya supply anda di depan TV tak dihampakan pek yang penuh angin macam Ijau tunjukkan ni.

Ya, kalau tengok di blog Ijau, mungkin korang baru perasan inilah muruku yang mamak roti dok jual dulu tu (dan sekarang). Dulu time sekolah, Popo ni lah yang berjaya menghabiskan RM0.10 (kot) dan selepas tu RM0.20 duit poket aku. Rasanya sekarang ni pek kecil tu mungkin bukan RM0.20 dah, mungkin dah RM0.40 supaya sesuai dengan peredaran zaman iaitu zaman harga naik tak turun-turun.

Muka belakang

Untuk memastikan pengaruh Popo pada zaman kanak-kanak kita tidak terhakis, pihak marketing yang dulu-dulu mungkin anak-anak tokey Popo yang dah sebaya dengan kita secara sengaja telah membuat pek-pek lebih besar untuk menampung perut kita semua yang semakin besarrrr…… Sekian, karangan Popo saya untuk hari ini.