17 Ramadhan 1432H

Favourite tahun lepas dan tahun ni

Wife alah teruk, aku pulak mengidam bendalah ni, Aku rasa karamel IKS paling sedap dalam dunia. Hahahahahah… Nasib baik jumpa, aku ingat dia tak jual dah tahun ni. Puding Karamel resepi keluarga dari Padang Tembusu, Sungai Petani, Kedah. Power root!

Dua tempat yang dijual, satu di bazar Ramadhan Taman Bertam Indah, Kepala Batas, satu lagi di bazar Ramadhan Jam Besar, Sungai Petani.

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-



16 Ramadhan 1432H

Modern VS Old

Dalam Ramadhan, perhatikan sekali lagi. Andaikata kalau bukan kita yang terkejar-kejar membeli juadah, apakah yang kita makan untuk berbuka puasa?

Boleh dikatakan, mereka yang berkerja pada waktu pejabat mempunyai masa yang paling terhad untuk memasak di rumah. Melainkan pihak isteri merupakan surirumahtangga sepenuh masa, insya-Allah, juadah yang simple tapi mengenyangkan pasti boleh disediakan.

Aku? Dah semestinya aku suka ke Pasar Ramadhan. Kadang-kadang berjalan habis, beli lauk sejenis saja, ala-kadar buat syarat. Bila dah tua ni (hahahaha) bila nak membeli, kena fikir dua-tiga pihak dan tak semestinya mengikut anak tekak aku saja. Kalau aku minat kebab dan burger sekalipun, takkanlah aku tak belikan sesuatu yang mak mertua aku boleh makan. jadi, 50-50, aku beli apa yang perlu dan sesuai untuk dimakan oleh semua. Takkan nak beli lauk yang bakal ditongsampahkan?

Er…. Kebab tu memang aku dan dua lagi anak buah rembat habis. Muda lagi aku rupanya…. Rock On.

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-



15 Ramadhan 1432H

Pac-Man on the move!!!

Nampak kuih apa kat atas? Dua kuih yang selalu dan sangat mengenyangkan bila kena waktunya. Semalam mak mertua masak 2 jenis ni, banyak! Cucu-cucu merangkap anak buah aku dan isteri punya favourite nih.

Pau Sambal atau kadang-kadang dipanggil mini burger, dan yang paling lazim disebut Kuih Pac-Man disebabkan belahannya menyebabkan rupanya tak ubah macam Pac-Man! Isinya mudah, sambal tumis ikan bilis. Simple tapi sedap. Selalunya kalau jual kat kedai, ada ramuan extra seperti hirisan timun dan sedikit salad.

Cucur Jagung tak perlu diperkenalkan lagi. Dan aku tahu, di kawasan tengah dan selatan terutamanya di ibu kota, masih ramai yang tak mengenali cucur jagung. Yang ada pun cucur manis, tu pun Cucur Manis Adabi. Ni original cucur jagung, siap ada jagung 3-4 bijik kat dalam tau.

Dua-dua kuih ni, kalau pekena dengan teh-o tak pun kopi-o, perghhhh meletup gua cakap lu!!!!

Adoi… dugaan betul aku nak cerita pasal Ramadhan Ke-15 ni. Cerita pasal kuih pada pukul 4.30 petang. Choba’annnnnnnnn…

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-