Tool Set Baru! – Ace Hardware

Baru beli dua benda:

1. 11 Piece Combination Wrench Set – RM125.00
2.  Ratcheting Box Wrench 15mm x 17mm – RM28.90

 

Brand: ACE Hardware

Apa yang aku tak paham adalah pasal Lifetime Warranty. Kata kedai, 6 bulan adalah dengan kedai, selebihnya dengan manufacturer. Hrmmmmmmmmmmmmmmmmm….. Lebih baik jangan letak lifetime warranty dekat label jualan tu, mengelirukan!

Apa-apapun, inilah tools aku untuk aku buat apa-apa kat rumah nanti.

Bukan Senang Nak Jadi Pomen

Sejak-sejak kawin ni. Dah macam-macam benda yang gua dah buat. Cakap aja, nak jadi tukang masak? Tukang beli lauk kat market semua dah agak terer. Gua selongkar balik HILANG PUNCA kot-kot ada manual, tapi hampeh, sekali Pipiyapong pun dah macam termakan tebuan. Habis semua entry-entry lama dia hilang, habis sumber rujukan gua untuk pomen kereta macam yang dia dok bagi hint selalu tu.

Gua mintak Abang Man tolong belikan barang, tapi sekali barang tu pun silap la. Maka, petang tu gua terus terjah kedai spare part Kepala Batas dengan gaya pomen untuk beli barang yang betul. Setelah berkira-kira dan membayar RM2.00, gua saja buat ramah lebih tanya pasal wiper silikon, pomen selalu buat macam tu gua tengok – tanya untuk barang yang tak perlu di kedai spare parts.

Takpa, pelan-pelan gua kasi bikin ini kereta, mana tau satu hari boleh potong Ferrari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OK. Gua dah terer tukar lampu!

 

 

 

Bodoh Tak Boleh Diajar?

Jelutong Expressway/Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Picture Credits - Arif Juwaini

Salah satu sebab aku benci laluan bermotor telah bertambah dengan gambar kat atas ni. Sebelum ni aku pun tak pernah terfikir yang benda ni akan terjadi. Masalahnya, orang yang buat kerja tu adalah di bawah Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Takkan tak ada satu mekanisma pemberitahuan di permulaan masuk lorong motosikal? Hal macam ni, kalau terpaksa masuk ke lorong sekalipun, benda yang paling mudah ialah meletak satu papan tanda amaran – satu perkara yang termaktub dalam OSHE/OSHA.

Majlis Perbandaran Pulau Pinang, jangan sampai jadi bodoh, bodoh tak boleh diajar. Anda membahayakan kami semua, pengguna jalan raya.