1 Malaysia Menjana Transformasi

Kedengaran klise dan terlalu komersial temanya untuk sambutan kemerdekaan yang ke-53. Namun apa gunanya jika masih ada di antara kita yang masih bercakaran sesama sendiri?

Aku tak akan sentuh tentang bangsa lain. Aku sentuh bangsaku sendiri; Melayu. Melayu yang mendapat terma paling istimewa dalam perlembagaan negara yang menyatakan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Tetapi, setelah 53 tahun, Melayu itu masih dengki-mendengki, benci-membenci, bunuh-membunuh, maki-memaki dan serba-serbinya mazmumah hanya atas satu perbezaan – politik.

Bangsaku yang pada ketikanya berpuak kepada 3, kini telah menjadi puak yang 5, atau lebih barangkali. Tak perlu aku sebut apa puaknya, apa namanya dan apa ideologinya. Itu belum kira puak yang hanya di atas pagar dan hanya menjadi parasit-parasit bercakap pandai yang hanya akan menghisap sebanyak mana mungkin darah hasil percakaran 5 atau lebih puak-puak tadi.

Jadi, bangsaku, sejauh mana kita merdeka? Adakah merdeka hanya ada pada nama? Adakah merdeka hanya ada perarakan di Televisyen yang seperti biasanya kita lihat pada setiap cuti umum setiap tahun?

Persoalannya bangsaku,

Adakah kita semua telah merdeka???



Apa Itu Gravatar?

Persoalan Daripada Deaf

Berhubung dengan persoalan Deaf di entry menyambut puasa aku haritu, tergerak pulak aku nak buat entry pasal hal ni. Semoga kita dapat sama-sama share ilmu.

Website Gravatar Dot Com

Gravatar boleh dikatakan satu standard yang telah ‘direka’ untuk memudahkan pengguna yang kerap menggunakan ID sendiri untuk memberi komen di mana-mana website yang akan memaparkan AVATAR yang dipilihnya tanpa perlu register banyak kali (katakan ada 10 website, nak kena register avatar di 10 website).

A Globally Recognized Avatar

Your Gravatar is an image that follows you from site to site appearing beside your name when you do things like comment or post on a blog. Avatars help identify your posts on blogs and web forums, so why not on any site?

Contoh avatar global adalah seperti account blogspot kita. Setiap kali kita login ID kita di blogspot, avatar kita akan terpampang di semua blog yang berorientasikan blogspot.

GRAVATAR merupakan satu perkhidmatan yang membolehkan kita untuk mendaftarkan avatar yang kita nak secara global.  Caranya, untuk setiap blog/website yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan memberikan komen; pengguna yang memasukkan e-meil address seperti yang telah didaftarkan di Gravatar, komen tersebut akan memaparkan avatar seperti yang telah ditetapkan. Dalam kes Deaf, memandangkan dia telah ‘hentam’ letak email orang lain, blog aku akan memaparkan avatar yang telah diset ke atas email tersebut. Hehehehe…

Blog aku (dan wordpress) kebanyakannya membolehkan Gravatar berfungsi. malahan, dalam blogspot sekalipun, kalau tak silap aku setting Gravatar boleh di’enable’kan.

Selamat Menchoba.

Kalau tak boleh, sila choba dan choba lagi.



Kedai Gua Sendiri

Gua rasa, gua kena bagi clear semak-samun dalam bilik gua. Jadi, harap-harap www.speedrider.org/shop boleh success dan semoga bilik gua akan jadi lapang sikit.

www.speedrider.org/shop sekarang dalam proses trial run. Feel free to merepek dan tekan-tekan apa yang patut sementara masih dalam tempoh testing/beta.

Rasa-rasanya  gua dah ready nak pasarkan Maxoil yang gua jual secara kecil-kecilan sejak 7 tahun dulu melalui dunia tanpa sempadan pulak. Yang menjadi cabarannya ialah harga yang gua kena ambil kira apabila kos pos terpaksa dikira.

Harap-harap gua boleh jadi kaya macam Bill Gates tak pun macam Kirk Hammet sudahlah…