Wau Ya Nga Sin = Kepak-Kepak

Miskin Siot Pakai Kotak Free

Harini, aku balik kerja lewat sebab ada fault di Balik Pulau. Bila masuk saja bilik, aku terus nampak kotak ni atas meja bilik aku dan aku terus dapat tangkap siapa yang hantar. Mentang-mentang dia pegawai penting Telekom, asyik kotak recycle ni yang dia pakai. tapi bagus jugak kerana tindakan ini akan membantu kita semua dalam pemuliharaan alam sekitar. Terima kasih Amin. Lu memang peminat rock leleh tahap dewa paling best gua pernah jumpak. Jadi, dengan sedikit perlian yang telah gua beri, sila update blog lu.

Continue reading



Kari Sembilang

Kena Slow-slow cari signboard ni

Sudah lama aku mencari kedai ni. Hari berkesempatan pi cari sebab Muhaimin tau jalan untuk masuk ke kedai ni. Abang Rahman ngan Abang Jasni dah memang tau dah, kaki ikan sembilang. Selalu kami dok makan kat port lain, hari ni, ada can la kami makan kat sini. Abang Jasni saja yang tak join sebab dia dah kenyang pekena pulut masa breakfast pagi tadi.

Continue reading



Teringin Minum Teh!

Itu semua, ANA yang punya!!!!

Setelah berfikir dan berbincang. Satu sessi tinjauan awal untuk GRAND GATHERING 2010 diadakan. Ride survey mengejut. Dari Penang, cuma aku dan Fauzan saja yang dapat bergerak. Mungkin yang lain-lain sibuk ataupun mak tak bagi keluar rumah. Jadi, belasah sajalah, dua orang pun dua oranglah. Macam tak biasa pulak. Bertolak pada pukul 9.05 pagi bermula di tol Juru, dan kami berhenti rehat di Bukit Merah untuk sarapan pagi pada pukul 9.31. Bila dah makan, mengular kejap dalam 15 minit.

Epoi dan Lan datang menjemput kami di Tol Jelapang. Perbincangan singkat dilakukan dan tentatif baru bermula. Cadangan awal untuk survey tempat di Damai Laut, Lumut terpaksa dibatalkan atas sebab faktor masa dan jarak. Maka, tentatif terus berubah dengan Cameron dijadikan tujuan utama trip kali ni. Epoi dan Lan pantas mendaki Cameron melalui speed corner Simpang Pulai. Aku yang masih fobia dengan kejadian February 2010 hanya mampu ride dalam kelajuan 90-100km/h. Fauzan pulak kompom menguap bila ikut aku ride dengan keadaan makan angin macam tu. Sessi perbincangan awal di Bharat Plantation tentang gathering boleh dikatakan hampir termeterai. Hanya tarikh sebenar sahaja yang belum ditentukan sekarang.

Continue reading