Rombongan Meminang

Alhamdulillah, selesai sudah rombongan meminang yang telah berlangsung pada 31 Oktober 2009 pada pukul 8.00-10.30 pagi. Telah lama aku nantikan saat ini berlaku walaupun ‘adik beradik’ yang hadir tak sampai 5 orang. Tapi aku tak kisah, rombongan meminang telah melaksanakan hasrat di Juru Auto City, satu-satunya tempat dalam Malaysia yang memegang hak sebagai ‘Bandar Permotoran’. Yang lain-lain tu tipu jer termasuk Cheras Autocity. Kalau tak percaya, google kes mahkamah.

Rombongan diketuai oleh bro Potocol selaku ketua trip dan photographer. Walaupun ramah, jelas di sinar matanya yang keletihan akibat memandu dari KL-Kuala Kangsar-Penang. Rombongan ini disertai oleh:

1. Potocol – Kepala Rombongan Meminang
2. CDgtxx – Ketua Berbalas Pantun
3. Conan – Pembayar Tol (macam kat Johor)
4. Scat – Hulubalang
5. Bugie – Pemukul Kompang
6. Teja – Pembawa Hantaran
7. Kunang-Kunang – Driver Lori Rombongan
8. Acidd – DJ Kenduri

Manakala sebagai tuan rumah, yang hadir ialah:

1. Bondiana – Tuan Rumah
2. Speedrider – Penerima Pantun yang terlambat masuk majlis
3. Farah – Tukang Tepung Tawar
4. Acik – Bodyguard Tukang Tepung Tawar

Dari kiri-kanan atas: Bondiana, Bugie, Farah, Potocol, CD, Conan,
Acik (baju maroon)
, Kunang-Kunang (snowcap), Teja, Acidd (baju oren)

Pertama sekali, ribuan maaf dipinta kerana, selaku tuan rumah yang tidak bertanggungjawab, aku telah terlambat sampai ke majlis. Namun, untuk rekod peribadi, masa 18 minit telah diambil dari Sungai Puyu ke Juru Autocity telah berjaya diperbaharui dalam catatan masa hari ini, sekaligus memecahkan rekod yang lepas-lepas. Terima kasih kepada semua yang memahami (atau buat-buat paham).

Walaupun perjumpaan ini ringkas, tetapi alhamdulillah, kami dapat mengenali dengan lebih rapat dan ‘live’ jaringan kaki-kaki pancing dari forum www.pancing.net. Maafkan saya kerana tak dapat open table, kerana saya ialah Bujang Senang, yang seterusnya memaksa Tuan Conan dan Bondiana untuk open table. Terima Kasih daun keladi, nanti-nanti open-lah lagi.

Untuk rekod juga, ini adalah kali pertama aku bertemu dengan hardcore-hardcore anglers dari KL dan Selangor ni, selain daripada Potocol dan CD. Jadi, sempat la bersembang apa-apa yang patut.

Kemudian, hantaran rombongan meminang pun diterima. Jadi, aku sebagai provider atau tokan area utara, lepas ni akan mengedarkan merchandise-merchandise rasmi seperti di atas untuk mereka-mereka yang telah membuat tempahan.

Sekali aku pakai, nampak macam player Arsenal tengah nak training. Baju design baru untuk season 2019 aku syak la… Ada 5-6 helai baju extra akan dijual kepada mereka-mereka di Northern Region yang berminat.

Kalau dah gathering kaki pancing, tak sah la kalau tak tunjuk benda kan? Yeah….!!! Shimano Calcutta 401 (baitcaster) ni fresh dari Jepun. Emblem pun siap ada ukir tulisan Jepun. Milik Bondiana yang baru saja beli dari Jepun. Rasa macam nak order satu, murah gila!

Bondiana juga seakan-akan faham apabila turut menghadiahkan ole-ole dari Jepun yang rasanya sungguh marvellous dan tak ‘cengih’ macam yang dijual di Malaysia sekarang. rasanya ‘kaw’ dan setanding Dunhill, malah jauh meninggalkan rasa rokok Langkawi. First time rasa Marlboro yang sedap dan penuh dengan tulisan KANJI. Bondiana, arigato gozaimas fromma speedrider-san!!

Kepada semua rombongan meminang PNET, saya sekali lagi memohon maaf atas kelewatan pagi tadi. Tengah ralit makan nasik lemak kat kampung!

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #7/30
————————————————


Belang Utara

Setelah beberapa hari berlalu, dapat dirasakan hampir semua peserta 1 Hari 1 Entry Blog Marathon telah merasakan bahang betapa payahnya nak update blog setiap hari dengan isi-isi cerita yang bagus.

Maka, demi memberikan satu ulasan yang cukup hebat (macam poyo jer), dan setelah mendapat persetujuan bersyarat paling tinggi dan ketat dari Kementerian Dalam Negeri (Pajak Song), maka aku memutuskan.. Akan membuat satu review yang tiada dalam Roda-Roda, Kapchai, Bike Trader dan majalah-majalah yang seangkatan dengannya… Pada suatu tarikh yang akan datang, setelah semuanya bersedia.

Jangan Beli Suzuki, apa barang SOHC……

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #6/30
————————————————


1hari=1entry=1Malaysia

Untuk sesiapa yang terperasan dengan update aku setiap hari, aku tak sempat nak info langsung dalam entry-entry tu melainkan dengan label-label semata-mata.

Sebenarnya, aku terlibat dengan satu ‘endurance‘ test rasanya, yang dianjurkan oleh Abang Ben (Krenmaut) yang membuat satu cabaran 1hari=1entry=1Malaysia.

Oleh sebab itu, pecahlah kepala otak aku untuk memikirkan apa yang nak disumbat dalam blog ni hari-hari. Rupa-rupanya, bukan senang nak menulis ni. Maka secara automatik, aku rasa aku dah paham la sikit kerja wartawan tu macam mana…. Cuma dalam blog ni, bahasa tulisan semua boleh hentam keromo saja tulis. Bezanya cuma dateline!

Untuk sesiapa yang belum tahu, blogger circle yang join endurance ni, ada disenaraikan di blogroll di sebelah kanan tu. Jadi, itu semua yang telah confirm join la.. Untuk endurance ni, Abang Ben dah letak syaratnya iaitu:

Syarat penyertaan:
1. Ada blog open for public (private blog tak leh)
2. Warga Malaysia tulen
3. Blog anda bukan blog download mp3/DVD/VCD
4. Setiap hari kena letak satu entry yang munasabah ikut kepala otak sendiri.
5. Pemenang akan merasa bangga sebab berjaya buat 1 entry = 1 hari selama 30 hari. Lepas tu boleh rasa takjub/riak pada orang ramai. Peng’kalah’ akan merasa rendah diri dan perlahan-lahan mengundur diri dari arena memblogging.
6. Bila dah join, korang bolehlah buat link khas kat bloggers link dengan group bernama 1hari=1entry=1Malaysia tu supaya benda ni merebak sampai ke Planet Zuhal.
7. Pada posting yang participate, sila LABELkan 1hari=1entry=1Malaysia.
8. Setiap entry nomborkan… contoh 1/30, 4 of 30 etc supaya mudah orang nak follow.
9. Kalau korang jenis blog addicts (lebih dari 1 posting per day), pun boleh laaaaa kalau nak join. Cuma kembali kepada syarat no 4 tu. MUNASABAH punya entry.

Link untuk melihat semua syarat terletak di sini. (klik sini)

Apa macam, munasabah tak entry aku hari ni? Mengikut syarat ke-4 tu…., untuk mengkhabarkan kepada semua readers aku yang pelik tengok aku update hari-hari.

Maka, selesailah entry aku untuk hari ini. Hahahahahaha~

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #5/30
————————————————