Old Timer

Aku bukan seorang yang femes dulu. Aku juga bukan seorang yang top. Musuh aku tak banyak. Erk… Betul ker tak banyak?

Sekolah.
Aku masuk lewat seminggu sekolah ni atas sebab-sebab tertentu. Surat aku lambat dikeluarkan. Jadi, tahun 1 hingga 3, skema adalah perumpamaan terbaik untuk menyatakan sikap aku. Dan sampai hari ni, kes aku sorok satu tin biskut Khong Guan dalam locker selalu diungkit kalau ada reunion. Hampeh! Begitu juga kalau bab-bab kedekut benda makan kat hostel. Hehehehe. Kalau diingatkan balik, Tun Dr. Mahathir pernah keluarkan satu isu pasal pelajar-pelajar Melayu berkongsi 4 orang untuk sepinggan nasi ayam. Dengar mungkin macam tak logik saja kan? Tapi percayalah.. Benda tu betul-betul terjadi, malah, kami berkongsi sepinggan nasi ayam untuk satu dorm!!! Hebat betul kehidupan asrama.

Buli.
Aku tak pernah kena buli sebab aku bernasib baik. Kuikuikui…
Seorang senior yang merupakan anak hantu tahap dewa adalah penyelamat aku sebab aku sekampung dengan dia. Ingat lagi, malam suai-kenal, pukul berapa pagi ntah, disoalnya kami seorang demi seorang asal kampung kami, sampailah part aku…. Kampung Benggali Sungai Puyu bang!!!!
Apa!!!!!!!!!!!!?? – pekik salah sorang senior.
Maka rasmilah, aku tak disentuh langsung, waima untuk membasuh baju senior sekalipun selepas nama kampung keramat disebut. Har har har…. Jadi secara automatik juga, aku tak pernah sentuh budak-budak untuk dikendurikan, walaupun kadang-kadang ada jugak budak-budak yang mak bapak diaorang tak pernah ajar gamaknya. Tapi ada satu benda yang aku buat.. Dulu, bebudak mana yang tak pernah kena pow ngan aku? Setakat Nasik lemak, burger dan keropok tu jadi perkara biasa semasa aku Form 5. Jadi, sesiapa yang terbaca statement aku neh…. Aku minta maaf sepenuh hati, kalau nak aku belanja balik burger korang yang aku pow dulu tu, jom kita ke McD, aku belanja.

Sukan.
Aku kaki bangku kat sekolah. Tapi lepas sekolah, aku main Rugby untuk state. Gila.
Tapi aku pelik, petang-petang aku boleh main bola, satu permainan yang paling aku tak suka, tapi aku main. Gila jugak.

Disclaimer.
Mungkin aku jahat. Mungkin mulut aku busuk dan jahat. Mungkin perangai hati kering aku membuatkan aku sedikit dibenci. Mungkin perangai kasar aku membuatku susah dapat awek yang memahami. Mungkin Aku tak reti jaga hati awek aku sendiri atas sifat-sifat aku. Mungkin jugak kepada kawan-kawan aku. Mungkin mulut aku laser gila babi. Mungkin jugak semua tu atas sebab aku hidup dalam dunia lelaki 100% sebelum ni.
Jadi, bersempena hampirnya Ramadhan, aku menyusun sepuluh jari kepada semua.
Terutamanya pada Nurul. Dia paling banyak terluka atas sikap dan mulut aku. Aku mintak maaf.



Jenayah Di Mana-Mana

Kamal Effendi Hashim pernah mengingatkan kita di siaran 999, kita sering alpa dengan kejadian jenayah dan selalunya akan berkata hal itu tidak akan terjadi kepada kita.

Biasanya kalau kita tengok kejadian jenayah atau mengetahui sesuatu jenayah tu pun, kita cuma mengambil sikap acuh tak acuh dan yang sama waktu dengannya. Seperti dalam entry aku baru-baru ni pun ada menyebut tentang kehilangan guitar dan bass 2 sahabat online aku, kali ni, aku nak sembang tentang kejadian kecurian melibatkan kenderaan pulak.

Berapa kerat diantara kita yang mengambil sikap berjaga-jaga dalam soal keselamatan kenderaan kita dari sasaran penjenayah?
Adakah kita:

  1. Mengunci kenderaan setiap kali nak bayar duit di stesen minyak?
  2. Meletak kunci tambahan setiap kali parking kereta/motor?
  3. Tidak meletak barangan berharga didalam kereta?
  4. Dan lain-lain?

Saja ja aku membebel…. sebab… Hari Jumaat tanggal 24 Julai 2009 merupakan hari paling malang buat aku. Helmet ARC kesayangan telah hilang meninggalkanku buat selama-lamanya… Helmet yang telah di’lock’ di bawah seat motor, telah ditinggalkan tanpa perasaan curiga kerana kawasan bangunan tersebut dikawal oleh pengawal bangunan. Tapi apakan daya kalau pengawal pun makan gaji buta.. Helmet telah dikerat talinya dan pencurik yang buta akai tu telah meninggalkan metal loop strap untuk aku sebagai cenderahati. Ya encik pencuri, aku sumpah ngko nanti eksiden kepala terbelah dua. – Selamat… 7 tahun pakai Helmet ARC reput.

Tapi itu semua adalah satu penyebab utama yang menggerakkan aku untuk membeli helmet baru. Muakakakakakaka…. nak beli Arai SZ-Ram 3 panggang dari api lah kan, tapi aku sambar yang lebih advance, Ram-88. Wakakaka, Arai pun tak sempat keluarkan lagi Ram-4… Aku dah sambar Ram-88!