Celcom – Gambar Kemenangan

Salam, minta maaflah.. sebab inilah entry paling poyo sekali aku pernah buat. Tapi memandangkan selain di blog, email, PM dan sebagainya yang asyik tanya aku apa yang aku menang, gambar apa yang aku hantar dan sebagainya.. Aku akan jawab.

Gambar tersebut dihantar untuk pertandingan:

Celcom: I Am Rockstar
Keyword: SEARCH
Availability: WAP Browsing only
Cara: Berikan Video/MMS yang menunjukkan anda dalam aksi rock. (macam poyo jer bunyik)
– amik gambar/video gedik GAYA ROCK ANDA macam aku amik tu..
– lepas tu, send MMS ke 26388 (pakai CELCOM la bai, takkan nak pakai line lain pulak..)
– lepas dapat confirmation la, apa la.. boleh terus ke untuk view gambar korang di MeTV. (bukak browser WAP henfon tu, pastu pergi jer kat homepage, carilah link ke MeTV).

Gambar yang aku hantar tersebut mengandungi beberapa unsur-unsur yang sedikit poyo. Hehehe. Berikut adalah unsur-unsur yang terdapat dalam gambar yang aku bagi tu.

Berambut pendek tak semestinya tak rock, malahan kalau bertopi pun tak semestinya tak rock. James Hetfield pun rambut pendek dan Amy Search pulak botak. Tapi maintain rock abes tak hengat. Jadi takda masalah dari segi rambut. Masalah pada aku cuma satu, memang aku nak botak dah pun. Jadi, aku terima aja ketentuan ini.

Ni saja aku nak tambah. Janggut ni macam-macam pendapat ada. Tapi bukan nak kata la, Janggut aku ni asli kaler oren kalau panjang sikit. Pencelup-pencelup sorry tak pakai. Asli 100% halal dia jadi kaler tu semulajadi. Antara insan-insan yang berjanggut oren sapa lagi kalau bukan Joe Wings.

Gitar dan baju band. Selalu jugak dulu-dulu ramai yang pakai baju Loudness, Iron Maiden dan sebagainya. Tapi aku suka sangat kalau dapat pakai yang dari Malaysia punya. Lebih class dan tak terlampau over. Gitar pulak jangan dicakap la. Instrument Favourite aku. – kredit to bro Kamal muzikrock.com

Kasut Aliph. Barang kemestian seseorang rockers. Susah nak dapat dah sebab rare gila benda ni. Dulu RM45-80 je (purata), sekarang mencecah ratusan ringgit sebab dah jadi collector’s items. – Gambar credit to CDgtxx dari rockapak.org

Drug, Sex and Rock and Roll tak dapat dipisahkan. Tapi bukannya kita nak ikut pun sebab kita kan ada hukum agama. Gambar dari klip Alam Barzakh (Wings) – kredit to bro Kamal muzikrock.com

——————————————————————–

Inilah gambar kemenangan tersebut:

1. Bertopi sebab botak
2. Perut boroi diselimutkan oleh t-shirt Hukum Karma – Wings!
3. Gitar Dean Dime ‘O’ Flame pinjam Metallan punya – kapak habes!
4. Seluar jeans buruk bertampal sana sini size jumbo sebab dah boroi. Kalau pakai seluar PVC kang ter’priapppp’ pulak…
5. Kasut Nike yang ada iras-iras Aliph.
6. Hisap rokok dah tinggal puntung saja. Tapi sebab camwhore punya pasal, capai gitar dan mintak Nas terus snap satu gambar.
7. Tempat bersejarah, dekat aja dengan menara jam Kuala Kangsar. Hehehehehe…. Paham kan?

Terima kasih kepada semua yang bagi rate kat aku dalam pertandingan tersebut, terima kasih kepada Celcom sebab sponsor hadiah, terima kasih kepada Nas sebab amik gambar, terima kasih kepada Raja Mazlan (Metallan) sebab bagi pinjam gitar dan terima kasih kepada member-member di www.rockapak.org kerana sokongan hangpa semua!!!!

ROCK ON!!!!!! \m/ \m/



Terima Kasih Celcom!

Aku tak tahu berapa ramai Mat Rock lain yang masuk pertandingan MeTV yang dianjurkan oleh Celcom. Tapi yang pasti, aku telah dihubungi oleh Cik Shahida dari Celcom dan mengesahkan aku adalah salah seorang pemenang untuk Pertandingan “I Am Rockstar” Search Di Awan Biru.

Nampaknya, makin panas konsert ni nanti di Seberang Jaya.

Celcom, Terima Kasih!!! Yeehaaaa~

Bro Amy, pinjam tagline sat..
Pheeewitttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!



Search Di Awan Biru – Merchandise

Aku CARI di TESCO
I’ve SEARCHED at TESCO

Aku MENCARI di TESCO
Im SEARCHING at TESCO

Cari di TESCO
SEARCH at TESCO

akhirnya.. aku beli benda nih.. Aku merempit balik rumah macam orang gila hilang akal

Yang pastinya…

Tour Updated (18 April 09)

1
Saturday, 2 May 2009
Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang

2
Saturday, 9 May 2009
Stadium Tertutup MBJB Johor Bharu

3
Saturday, 16 May 2009
Stadium Mini Jengka Maran Pahang

4
Friday, 22 May 2009
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
Kuala Terengganu

5
Friday , 29 May 2009
Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar
Baru cancel!!!! Rujuk sini!!!!

6
Friday , 5 June 2009
Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu

7
Saturday, 27 June 2009
Stadium Perpaduan, Kuching

8
Saturday, 4 July 2009
Miri Indoor Stadium, Miri Sarawak

9
Saturday, 11 July 2009
Kompleks Sukan Sandakan, Sabah

Sunday, 12 July 2009
Stadium Likas, Kota Kinabalu – aku tak tipu!!!!! Rujuk sini!!!!!!

10
Saturday, 18 July 2009
Kompleks Sukan Tawau, Tawau Sabah

11
Saturday, 01 August 2009
Stadium Nasional Bukit Jalil, KL

adalah tarikh muktamad sehingga setakat ini.

Setelah konsert di Batu Kawan dulu, aku pulangkan tiket setelah dua kali ditangguhkan. Kali ni aku tanak melepas dah. Sebuah kumpulan Lagenda Rock Malaysia. Inilah kumpulan yang membuatkan aku terus melekat dengan irama rock Melayu. Pengaruhnya begitu kuat. Aku tanak cerita dan membebel panjang-panjang. Ni apa yang aku dah beli.

Ok, sesiapa yang belum tahu. Di setiap tempat penjualan tiket. Semua merchandise ini dijual. Malahan, petang sebelum konsert, akan turut dijual barang-barang memorabilia ni. Dapatkan sebelum terlambat. Printing dilakukan oleh GROUSIEY PRINTHOUSE. Sesiapa yang pernah pakai baju WINGS, dah tentu tahu dengan jenama ni kan? Cuma kali ni, satu perubahan drastik telah dilakukan pada label tag baju tersebut. Semua tag adalah berlabel SEARCH.

Wah, nampaknya cadangan aku dan rakan-rakan di Sayap-Sayap Wings telahpun diterima oleh pihak Grousiey iaitu untuk meletakkan label band di setiap tag baju, dan nampaknya ia telah dimulakan dengan tag label SEARCH. Steadylah!!!

Di sini, dengan ekslusifnya, aku paparkan barang-barang rasmi yang akan dijual nanti (dan sekarang). Terima kasih pada Encik Apoxx Grousiey dan Encik Ijan Sayap-Sayap Wings untuk info ini.


Jadi, siapa nak jumpa aku, insya-Allah bertemu jua kita di Tapak Ekspo Seberang Jaya, 2 May 2009 nanti. Jumpa di sana!!!!!