Lucky Bidder For Edrie Hashim’s Picks


Officially, I am the #1 bidder at www.neogendang.com for Edrie Hashim’s Pick!Tapi bila dah dapat, aku pulak yang tak ketahuan nak buat apa dengan pick ni. Nak pakai? Erm… Rasa sayang pulak! Hahahahahaha buat frame boleh kot? Wakakaka..

Disertakan sekali dengan bungkusan ialah:

1. 10 keping pick Edrie Hashim Signature.
2. Sticker Neogendang
3. Gambar artis-artis Neogendang.

Belakang gambar tu, dapat la autograf Edrie Hashim (bro eja nama saya silap ar…)
Pick tu pulak… Jangan dok mintak kat aku yerk? :-p

Pemuda Melayu Dan Teknologi


Malam ni, aku tak ada mood sangat sebab pening macam nak demam. Cuma, sempatla berziarah rumah jiran aku yang merayakan Deepavali hari ni, tu pun aku p rumah diaorang pukul 9 malam, sama ngan tayangan Sivaji The Boss. (Best tu!)Aku perhatikan, pemuda Melayu sekarang ni masih ketinggalan dalam teknologi terutamanya yang berusia 27 tahun ke bawah. Kebanyakan yang pakai komputer pun sebab kat opis kena buat dokumen. Yang pakai notebook + wireless device untuk broadband pun… Maafla aku cakap, semata-mata nak menunjuk aja, kalau kantoi apa-apa program dalam notebook tu, mula lah menggelabah biawak!

Sepatutnya, sekiranya mampu untuk beli semua tu, sepatutnya dada tu isilah sikit dengan apa-apa ilmu yang patut sebagai asas. Tak jadi pakar pun tak apa, asalkan TAHU. Untuk pemuda yang tak mampu pula, jangan risau. Dengan pembacaan bahan ilmiah ataupun majalah teknologi, sedikit sebanyak ia akan membantu terutamanya dalam bidang pekerjaan.

Kalau bercakap bab ‘handphone’, pemuda Melayu tak kalah. Handphone baru masuk pasaran Malaysia pun, dia dah ada. Hebat! Tapi, tak hebat lah kalau dalam phone tu penuh dengan video orang tak ada duit beli baju…

Ayuh pemuda, bangun dari tidur dan kejarlah ilmu dunia dan akhirat!

Aktiviti Tetap


Yang ni lah keja tetap kami malam-malam. Lepas Isyak, lepak kat mana-mana kedai, lepas tu mulalah buka topik dari masalah keja sampailah politik semasa. Kedai-kedai yang biasa kami lepak pun dah lali dengan kehadiran kami. Ya lah, pelanggan tetap bergelas-gelas teh o, teh tarik gelas dan air suam!