Ku Kehilangan JIWA 3 Dimensi

Hari ni merupakan hari aku sedih sangat-sangat. Bukan sebab aku kena charge RM268.00 untuk korek blok piston motor aku, atau duit aku tinggal RM20.65 untuk bulan Mei ni…. Tapi aku telah kehilangan satu benda yang boleh dikategorikan tersangat penting dalam hidup aku.

Aku menulis blog ni di Alor Setar, belum bersemangat nak balik Penang. Kenapa aku di Alor Setar? Ceritanya macam ni…..

Aku tiba dari Kuantan pada pukul 7.30 Pagi tadi dengan bas ekspress Utama Ekspress VIP Coach. Tengah memunggah barang nak masuk teksi, aku tersedar aku ter’miss’ satu benda… Benda tu ialah CD Wallet aku!! Dalam CD Wallet tu ada Cd Disc 2 Wings Terunggul (Limited Edition), Keunggulan Search (Limited Edition), Greenday American Idiot, (original edition), 2 cd Keunggulan Rock 80an-90an, 2 cd Keunggulan Rock 90an, 2 cd Kristal vs Rock 90an, cd Rock Arena yang aku sayang sangat-sangat, cd multiple mp3 rock melayu, cd Guns N Roses Greatest Hits dan ntah apa-apa lagi CD aku dalam tu aku tak boleh nak ingat. Aku dah rasa sebak sangat-sangat ni.

Balik je rumah, aku capai kunci kereta kakak aku dan shoot terus Penang-Alor Setar semata-mata koleksi-koleksi cd……………yang pada sesetengah orang, tidak bernilai. Minta maaf, semua koleksi aku adalah nyawa aku, dan setiap satu daripadanya membawa seribu erti. Tapi sayangnya, dengan bantuan kawan aku di Alor Setar, dia dapat menghubungi drebar bas tu yang sudah sampai ke Kuala Perlis, dan menurutnya, dia dah check bas tu dan tiada barang yang tertinggal atas seat bernombor 17-18 yang aku duduk semalam.

Kepada mamat-mamat di luar sana yang ‘terambil’ koleksi aku tu, tolonglah pulangkan balik dengan menghubungi aku di 012-5359004, 019-5750507 atau 013-4280043

Terima kasih,

speedrider aka mus



Minggu Penuh Tekanan!

Minggu ni merupakan minggu ‘killer’ dalam sejarah aku bekerja di toooooooooooooot. Sejak Sabtu minggu lepas, hari-hari ada breakdown. Sejak 3 hari lepas, balik sampai rumah dalam 2 pagi. Tertekannya aku……….

Hari yang paling teruk, kelmarin la. Aku merasa kejap ‘kerusi panas’ pegawai aku, bila member aku yang senior (merangkap tugas pegawai) cuti kecemasan. Masya-Allah, aku rasa baik aku jadi kuli aja dari aku jadi bos! Punyalah tension bila tak sampai 30 minit, handset aku berbunyi, ada ja problem yang sampai. Tapi paling sempoi, kes breakdown di Taman Lip Sin di mana 3 hari diperlukan untuk recover balik service streamyx kat area tu. Bayangkan, 3 hari!!!!!!!!!! Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! Balik pukul 2 tiap-tiap hari, macam nak gila. Nasib baik hari ni, vendor dah sampai walaupun dibayar untuk settlekan masalah yang memang aku tak dapat solve tu. Berbaloi jugak diaorang datang, rupa-rupanya, ada multiple problem kat equipment tu, patutla aku ngan senior-senior aku tak dapat solve. Adoila, yang pasti, nama aku dah sedikit tercemar sebab pasal aku, 3 Assistant Request dikeluarkan kepada vendor untuk solve problem dimana dari 3 AR tersebut, 1 AR ditarik balik sebab at last aku berjaya jugak solve problem yang berlaku pada sebuah equipment yang dah berusia hampir 10 tahun tu.

Disebabkan masalah-masalah kerja yang bertimbun, aku tak dapat online selama seminggu. Huhuhuhu… Jadi tadi aku kemas la balik bilik aku yang tak well-maintained ni dan susun balik semua harta-harta aku yang aku sayang ni. Dan sekarang, susah betul aku nak rip semua ni disebabkan komitmen aku untuk kerja dah semakin meningkat, dan secara automatiknya, aku kena terus bekerja untuk survive, kahwin, beli kereta, nak sara anak, nak beli rumah dan nak beli gitar baru. Wakakakakakakkkakaka hampeh betul aku neh.

Abis jer keja, aku sempat pegi PC Fair di PISA, penang, sempat la sambar CD Wallet untuk simpan CD-CD aku dengan rapi, maka, semua cover-cover CD dapatlah disimpan dengan rapi agar semua leaflet dalamnya tidak terusik. Hehehehehheh. Aku malas nak kira balik semua yang aku ada, sebab kalau aku kira balik, hampeh….. Memang menyesal la tengok angka RM29.90 boleh mencecah beribu-ribu lemon dan boleh buat downpayment 10% kereta Persona takpun gitar RG Series yang baru. (takpun duit kenduri kahwin aku). Esok, plan aku adalah nak jumpak ehem-ehem memandangkan dah 2 minggu aku ignore dia sebab sibuk ngan keja dan aku nak pi PISA sekali lagi untuk beli printer untuk kakak aku. Lepas tu aku pun tatau nak pegi mana. Ada tak tempat yang takleh mengabihkan duit? Suggest kat aku!!!!!



SYJ08 Bubar???????????????

Info diceduk terus dari http://besihitamproduction.blogspot.com/
sila rujuk website tersebut.

BERITA SEDIH KEPADA PEMINAT BAND ROCK 80AN IAITU SYJ YANG PERNAH MENJADI KONTROVERSI SEKITAR TAHUN 80AN YANG PERNAH POPULAR DENGAN LAGU MATA SEPET DAN HATI SYAITAN. BAND YANG SEANGKATAN DENGAN MAY,SEARCH,WINGS INI BARU-BARU INI TELAH MENYATAKAN PENGUNDURAN BEBERAPA ANGGOTA ASALNYA OLEH BEBERAPA SEBAB YANG AMAT2 DIKESALI. BAND YANG DIPENGURUSI OLEH SYED YUSUF JAMALULLAIL INI TELAH MEMBUAT COME BACK PADA TAHUN 2008 INI TELAH MEMBERI NAFAS KEPADA NAMA BAND SYJ DENGAN NAMA SYJ08 NAMUN PENGGABUNGAN ITU TIDAK LAMA KERANA..KERANA APA? MARI KITA DENGAR RINTIHAN INI.

“akum..pengumuman sedih.3 org line up syj08 telah mengundurkan diri dan tidak dapat meneruskan kesinambungan syj08 atas sebab2 dan halangan yg tak dapat di elakkan.kini hanya tinggal alang.hery,noar dan yus sudah mengundurkan diri walaupun sebenarnya berat hati dan sayangkan syj08.apa punca jadi begitu?hanya tuan2 yang tahu mengapa SYJ dahulu telah bertukar menjadi SOFEA.begitulah yang terjadi pada syj08.kami dah dianiaya,buang masa,tenaga dan keringat…tuhan saja yg tahu.untuk show rock kangkang di c.m syj08 mohon maaf kerana tak dapat perform.alang dgn pak syed dh train budak2 ingusan yg masih bersekolah dan tak pernah pun on stage untuk show d rock kangkang nanti…alang dan pak syed dah tak hiraukan kualiti.kami pemuzik yg dah bertahun2 berpengalaman pun dibuang begitu saja..nuar,hery dan yus mohon maaf kepada semua.kami dah bawa diri masing dan takkan jejakkan kaki distudio SYJ yg penuh konflik.diulangi lagi..FIKIR2KANLAH MENGAPA SYJ ASAL DAHULU BERTUKAR MENJADI SOFEA…(sikap tamak haloba manusia mengatasi segala-galanya)-saddaqallahulazim…amin”