Kembali Ke Ganggang

Hari ni lepas balik keja, aku buat sesuatu yang mungkin korang fikir pelik.. Hehehe, sebenarnya, hari ni aku sambar Gitar Kapok. Walaupun aku dah pernah ada 2 gitar jenis accoustic dan satu classical, yang tu tak menghalang aku untuk amik gitar yang aku terlepas beli dulu… Gitar Kapok. memang la gitar yang aku pakai sekarang (Starsun) kualitinya jauh lebih tinggi dari Kapok, tapi ntahlah, aku pun tatau nape aku amik Kapok ni lagi. Mungkin sebab teringin… atau bunyi BASS dia kuat dan sedap? tapi nak tuning, yarabbi punya payah. Aku tadi lepas beli kat kedai, siap suruh apek tu bungkus dengan paper cina, sebab aku taknak mak ngan abang aku bising. Yerlah, main tak macam Steve Vai pun, memekak je dalam bilik, tapi gitar sampai 2-3 bijik, sape tak bising…. Tapi ntahlah, aku pun tak dapat explain dengan jelas mengapa aku nak sangat gitar ni.

Bukak jer packaging tu, aku pun try la tune, tapi betul memang payah, tak dapat-dapat. Asyik sumbang jer bunyi. betul la kata orang, kalau tak pernah pegang gitar, Kapok is the best, tapi kalau dah pernah pakai gitar yang mahal, confirm Kapok ni taknak tengok dah depan mata. Takpe.. Mungkin yang ni sebagai koleksi jer untuk aku gantung dalam bilik. Hahahahahahahah



Gig oleh Melastik Bintang


Band dari Taiping Darul Hujan ini akan mengadakan gig di tempat dan tarikh-tarikh berikut:
26 Januari 2008 – Taiping at De Palace
14 Januari 2008 – Ipoh Town
15 Februari 2008 – UITM Sri Iskandar
Kemungkinan bulan Ogos – Unisel KL

Untuk sedikit maklumat, band ini dianggotai oleh Apex-Vocal,Ariel-1st Guitar/Lead, Ehsan RainHouse Studio-2nd Guitar, Abdul Karim-Bassist, Yoi-Drummer/Stomper/Wedding Crasher (hehehehe ni aku saja tambah…)

Seperti biasa, band ni macam jump into the wagon seangkatan dengan Sofaz dan meet Uncle Hussein… Maksudnya ada influence lagu Indonesia. kala nak dengar sample, bolehla melawat di http://www.myspace.com/melastikbintang

Akhir kata kepada sahabatku si drummer Melastik Bintang….. Jangan lupa diri bukak-bukak baju atas stage bila dah femes nanti…. hahhahahahahahaha.



Apa Yang Best Minggu Lepas

Sebenarnya takde apa sangat yang best minggu lepas. Aku kursus jer. Yang paling tak best sebab aku ke KL dalam keadaan tak ready dan poket aku kering kontang. Dahlah kursus sepatah haram aku tak paham. Aku fahamkan yang betul-betul penting dan related dengan skop keja aku jer, yang lain-lain tu, ehem-ehem boleh kirim salam la jawabnya…

Tapi nasib baik la dalam boring-boring tu, member-meber forum berceretek kat KL ni. Geng-geng rojak.org (sekarang teruja.com) masih idup lagi rupanya. Ni adalah geng-geng yang menyelamatkan aku dari mati kebosanan kat KL ni dengan kepala hotak diaorang yang gila khinzir. Hahahahah

Okey, untuk group dari rockapak.org yang aku baru join tak sampai setahun ni, lain pulak ceritanya. Alhamdulillah, dengan dioarang ni semua, bertambahlah lagi kawan-kawan dalam hidup aku ni. Tambah pulak dari diaorang jugakla aku dapat jumpa dengan geng-geng multiply yang lain. Macam biasa la, kalau jumpak mesti ada TT Session (macam mini-gath la). Tak kira walaupun 2 orang jerk, janji layan kepala otak boleh masuk, kira on….
Untuk sekelian kalinya, aku dapat jumpak MasterComp dan Tolyn (ex-guitarist Dayana) dan bila dah jumpak, ape lagi… Jadi macam budak sekolah la aku. Mulut tak berenti tanya macam-macam especially dekat Tolyn. Yelah, bukan senang nak tanya orang yang arif dalam gitar ni. Budak-budak baru nak naik lagi hampeh, baru boleh main riff MCR sikit dah belagak sombong tak hengat dunia. Hahahahahahaha. Dengan terjumpanya Tolyn dan dua-tiga jawapan dan tips-tips ‘live’ yang aku dapat dari Tolyn sendiri. Hohohohoh aku jugak dapat pick Big Stubby dari Tolyn… Huhuhuhuhuhuh selamat RM3.00!!! :-p Nasib baik dok tanya MasterComp macam-macam dia tak hadiahkan LP Player satu kat aku…. Kalau tak, mau tak balik Penang aku… Hahahahahahha. Apat!!! Ni plak selalu aku communicata kat YM ngan Youtube jerk.. Aku rasa untuk segmen gitar kapok, Apat ni la makhluk paling aktif kat Malaysia upload lagu baru.

Dalam round punya round. Benda yang paling buat aku sakit ati ialah bila aku masuk kedai guitar. Sakit atilah sebab duit takder ha…. Tengok Gibson Les Paul harga sampai RM27,000 memang boleh membuatkan aku demam (ni nak demam dah ni). Lepas tu punyala sakit ati bila tengok Santa Cruz punya LP harga RM550 jerk. Yelah, kalau buat decal mod sket, takder sapa tau sebenarnya yang ialah Santa Cruz (kalau tengok dari jauh la).

Apa pun, tqvm kepada warga rockapak.org dan teruja.com sebab minggu lepas memang dah bertukar jadik best!!!!!!