Hari Yang Agak Sempoi


Hari ni agak menarik sikit… Sikit je….. Buat keja macam biasa, sampailahhhh time petang masa aku pegi buat keja kat Teluk Kumbar, aku jumpak brader ni. Dia Unit lain dan jugak tempat lain, tapi masih dalam unit yang sama. Jumpak aku jer, dia terus tanya, “Amacam Mus, hang dah pi angkat dah ka gitar hang? La ni hang pakai gitar apa?”… Start je dia tanya macam tu, terus rancak je kami bersembang sambil 2 orang lagi tengah join-join sekali. Sembang punya sembang pasal SYJ, dia sedikit terkejut bila aku bagitau yang Eduat dah arwah. Dia tanya aku macam mana aku tau? Aku jawab la, dari forum jerlah…… Start lepas tu dia cerita pasal sorang-sorang dalam SYJ, especially Arwah Eduat, Amir dan Man Rani. Lepas tu dia refer kat Pak Syed pulak, tapi aku tak berapa dengar sebab brader sekerja aku mintak aku tolong dia buat keja. Aku ngan dia ni sebenarnya jumpak atas sebab keja, sampailah salah sorang veteran bagitau yang brader ni dulu main band, tapi aktif kat Hotel ngan Night Club jer. korek punya korek dapat la link (secara lisan oleh veteran-veteran sekerja) antara dia dengan zaman-zaman rock kapak dulu. Dan aku pun barutau yang salah seorang anggota VAGRANT jugak adalah pekerja sama dengan company aku sekarang ni, cuma sekarang dia dah transfer ke Sarawak. Dan FYI, Ali Mamak pun dulu kerja sama ngan company aku, cuma sekarang dia dah bersara…. Best dapat sembang ngan orang-orang lama macam Brader Nasir ni….. Hehehehehe. banyak nasihat ngan tips yang dapat, tu yang paling menarik.

Dan buat kali pertamanya…… Aku upload kat korang sebuah album Dance dari KAOMA – WORLDBEAT.. Aiseh, tak rock pulak kali ni, cuma at least aku dah selamatkan kaset aku tu….Khas untuk contacts aku jer…….



Hujung Minggu Yang Boring

Adoi.. Semalam ngan hari ni aku betul-betul ‘mati-akai’. Tak tau nak buat apa. Semalam keluar lepak-lepak ngan member kampung. Lepak makan satay kat kedai makan, tengok sat Zoom-In (BPR) dengan artis undangan Khalifah. Bolehla layan… Sambil tengok tu, aku ber-SMS ngan Bro Conan (http://qursany.multiply.com/), dok tanya macam-macam dan kutuk macam-macam pasal BPR punya show dalam Zoom-In kat TV2 tu. Pening kepala aku makan satay minum Kopi Radix. TAK NAK SECAWAN dah…. Hari ni pulak, aku bangun jer, nampak mesej customer tu.. hampeh la diaorang ni, dah tau tengah kritikal ni, hantar la technician tu attend kat rumah dia. Minggu ni betul-betul spoilt la mood cuti aku.. Geram punya pasal, aku rip album STRATEGI dari MAY keluaran tahun 1991. Heheheheh, sori yerk, yang nak jiwang-jiwang dari MAY, dalam album ni takder style-style melankolik macam tu. Yang ni adalah album keempat dari MAY… Zassssss layannnnnn….

Dan seperti biasa, album ni untuk contact aku jer….. hohohohohohoh…



Hari Penuh Tekanan

24 November 2007 (gambar sekadar hiasan) – Hari ni masa aku baru bangun tido, terus rip Junction album Arah. Tetiba je aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon… aiseh macam kenal je nombor ni. Customer da…. Adoi tension btol la bila orang yang sepatutnya attend kat rumah customer tu, tak pergi. Kalau tipon, takperla jugak… Ni tak telefon langsung. Cilok punya cilok, nasib baik dia paham. Tapi orang yang aku cakap tu, secretary customer tu, bos dia mamat Jepun. Lepas 10 minit macam tu, Jepun tu call aku. Hampeh la, dibantainya aku teruk2, rasa macam nak letak telefon ajer pun tadi! menyampah aku!!!!! Bukan salah aku!!! Tapi biasa la Jepun, kalau dah janji hari ni, ditunggunya technician tu tak datang2, melompatlah dia pun… tapi pesal nak marah aku pulak? Aku bukannya unit yang attend rumah customer, siakkkkk la jepun nih! Dahla speaking pun berterabur, hampeh.

Tapi dalam dok tension-tension macam tu… Secretary dia tipon aku balik, mintak maaf kat aku sebab bos dia marah aku. Pastu puji aku pulak. Dia kata, susah nak dapat orang macam aku, walaupun bukan aku punya salah, aku try jugak take care problem apa yang jadik tu. Kembang-kempis jugakla aku tadi.. Muakakakakakakakakakakaka… Sejukkkkk sket ati aku yang dah panas membara tadi.

Esok, kalau technician tu tak pergi jugak rumah customer tu, time tu aku pulak la yang nanti melompat!!!