2 Ramadhan 1432H

Penang Bridge, sekitar 7.40 pagi

Meredah perjalanan sejauh hampir 40 kilometer satu hala untuk ke tepat kerja boleh dikatakan biasa. Sebenarnya, jarak perjalanan telah bertambah daripada 32KM menjadi 40KM semenjak berkahwin memandangkan aku dan Nurul telah berbincang untuk menetap dahulu di rumah keluarga Nurul di Pajak Song, Kepala Batas. Namun, di sekitar Ramadhan, jadual waktu bekerja aku telah berubah menjadi 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Maka, aku kena keluar awal secara automatiknya.

Ride yang biasa, bila berada di bulan puasa, menjadi agak letih, terutama sekali ketika waktu pulang. Persekitaran yang panas tambah-tambah dengan keadaan yang berjerebu sekarang membuatkan aku menjadi cepat letih dan kurang fokus ketika menunggang motosikal. Aku teringat lagi waktu aku kerja di Komag USA (M) Sdn. dulu, kompeni ni dah bungkus dan dibeli Western Digital sekarang. Aku pernah tersangkut atas Penang Bridge pada bulan puasa akibat tiub tayar bocor. Penat!!!! Nasib baik ada bekalan air kotak laici waktu tu, kalau tak mesti tension habis.

Masa berubah, persekitaran kilang telah aku tinggalkan hampir 5 tahun, namun jalan yang aku gunakan masih sama. Setiap hari aku berdoa agar aku sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan berharap semua usaha aku akan menemui kejayaan.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge