10 Ramadhan 1432H

Jemaah di Masjid Jamek Sungai Nibong

Dalam Ramadhan kali ni, aku rasa aku tergolong dalam umat yang amat rugi. Aku tak memanfaatkan kedatangan bulan yang ditunggu-tunggu ni sebaik mungkin. Aku cuma sempat membuat 8 rakaat pada malam pertama Ramadhan, lepas tu witir sendiri, dan yang paling teruk, buat 4 rakaat saja dekat kampung aku sebab malas tunggu tazkirah yang diselit selepas 4 rakaat.

Semalam, aku cuma sempat maghrib berseorangan dan berjemaah Isyak saja. Tak buat pun tarawih sebab ada kerja. Sampai bila aku akan tergolong dalam golongan yang rugi ni, wallahualam. Aku berdoa agar Allah akan menguatkan lagi iman aku dan menunjukkan aku jalan yang lurus.

 

———————-

Diari Ramadhan 1432H / Ogos 2011

———————-

facebook comments:

2 Replies to “10 Ramadhan 1432H”

  1. takpe bro… masih ada masa lagi. Doakan aku sekali.
    Dr. Ben recently posted..Anekdot Dialog #6: Budak Sufi Suci

    1. kat US sekarang tarawikh sorang atau kat komuniti?

Leave a Reply

CommentLuv badge