XPDC – RASOPARISO

(layan jer, dari Life Records aku amik artkel ni dan gambar)
Komen aku: XPDC, perkataan REUNION korang tu, sama macam kat blog aku punya watermark la… cari la font lain.. Nanti orang kata aku tiru font lu pulak… Har Har Harr. Nantilah, kluar album, aku bagi review personal pulak…

——————————————-

Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu…..bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik ‘Heavy Metal’ Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula…BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat ‘brutal’ mereka.

IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama…inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC, “RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60’s / A go-go. Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.
“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru ini pula ialah:
-Rasopariso (reggae rock)
-Aku Tetap Aku (ballad)
-Aku Yang Hilang (moderate)
-Apalagi Nak Di Kenang (A go-go)
-NtahyeNtahtidak (Moderate)
-Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
-Rasa (ballad)
-Sampai Bila (Heavy Metal)
-Puing Cinta (60’s)
-Negatif (Heavy Metal)
-Curahan Rasa (moderate ballad)
-Menentang Arus (moderate ballad)

“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri. Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri dijangkakan untuk menjengah pasarannya sekitar bulan Jun/ Julai 2009. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.

facebook comments:

13 thoughts on “XPDC – RASOPARISO

  1. orang tua aku ada berlambak album country, tambah2 cd Kenny Chesney tapi malang sekali aku tak minat langsung. hahahhaha

  2. j.s kevin da tak de, loloq pun da tak de. aku harap buah tangan xpdc kali ni berbaloi untuk ditunggu, jangan asal ada albun je. single rasopariso yang rentak regge tu aku rasa biasa je dari susunan muzik, melodi dan lirik. aku harap lagu lain lebih menyengat.

    pada amin said aku nak tau gak record apa yang ali ngan xpdc pecahkan??

    jualan album terdahulu, sebelum samurai lebih banyak dari segi kuantiti. walau aku pun beli album xpdc bersama ali ( samurai, v6 ).

    suara live mael memang hampeh tahap cipan, tapi dalam cd memang lunak, ganas dan syahdu. secara peribadi, aku tak pernah anggap ali sebai vokalis xpdc. aku anggap je macam penghasilan album metal 60' 50'60'an metal fever, metal dangdut dan ntah apa2 yang guna banyak vokalis. ali memang best, tapi ali adalah ali.

    pada aku lagi izo, mael dan j s kevin adalah xpdc, tanpa salah seorang dari mereka hilanglah xpdc. camner pun aku harap album xpdc terbaru akan release secepat mungkin, pastikan kualiti lagu dan riff keras bermelodi indah. kalau tak baik tak yah kuarkan terus.

  3. Album XPDC Reunion Rasopariso telah pn berada di pasaran..antara lagu yg best dan layan..rasa,rasopariso,aku tetap aku,sanasinisamasaja dan ntahnye ntahtidak..album yg hampir keseluruhan lagu dn liriknya dicipta oleh gitaris kumpulan ini..menampakkan betapa berusaha dan bersungguh2 band ini terutama Izo dlam nenaikkan semula nama XPDC dan memenuhi pemintaan peminat setianya..penyampaian vocal dari mael jga tidak menghampakan..selaku peminat setia XPDC aku rasa mmg patut beli album ni..trut memuatkan bersama VCD kronologi Xpdc 1988 – 2009..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge